awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh bot nelayan Filipina ditahan, ceroboh perairan Pulau Balambangan
Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2026
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

130 alami keracunan selepas makan belut panggang di Jepun

Bernama
Bernama
30/07/2024
08:31 MYT
130 alami keracunan selepas makan belut panggang di Jepun
Seramai 130 orang mengalami keracunan selepas makan hidangan belut panggang yang dijual di sebuah gedung serbaneka di Yokohama dekat Tokyo. -Gambar hiasan/Freepik
YOKOHAMA: Seramai 130 orang mengalami keracunan makanan selepas memakan hidangan belut panggang yang dijual minggu lepas di sebuah gedung serbaneka di Yokohama dekat Tokyo, kata pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Isnin.
Menurut pusat kesihatan bandar Yokohama, kesemua mereka melaporkan gejala seperti muntah dan cirit-birit, tetapi kebanyakan kes tidak serius.
Satu-satunya kematian dalam kalangan individu terjejas adalah seorang wanita berusia 90-an yang punca kematiannya tidak diketahui, lapor Agensi Berita Kyodo.
Menurut pusat kesihatan awam, mereka mengesan staphylococcus aureus yang boleh menyebabkan muntah dan cirit-birit dalam najis beberapa orang yang memakan hidangan itu.
Ramai orang di Jepun makan belut panggang atau unagi pada musim panas kerana percaya ia membantu mereka menyejukkan badan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keracunan makanan
#belut panggang
#cirit-birit
#Yokohama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan