awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 pelajar Universiti Damsyik maut terkena mortar

Agensi
Agensi
28/03/2013
23:46 MYT
15 pelajar Universiti Damsyik maut terkena mortar
Sekurang-kurangnya 15 pelajar Universiti Damsyik maut selepas terkena serangan mortar. Menurut Presiden universiti berkenaan, Amer Mardini jumlah korban dijangka terus meningkat berikutan beberapa mangsa cedera berada di dalam keadaan kritikal.
Serangan berlaku di Fakulti Kejuruteraan Senibina dan media tempatan melaporkan, serangan pertama berlaku di kafeteria universiti berkenaan.
Ia mengakibatkan 25 lagi cedera dan ketika kejadian kawasan tersebut sesak dengan pelajar.
Menurut agensi berita rasmi tempatan di sana tiga daripada mortar berkenaan dipercayai disasarkan ke dalam kawasan universiti.
Pusat pengajian tinggi yang terletak di Baramkeh, di tengah-tengah Damsyik itu merupakan antara kawasan yang terkena tempias pemberontakan yang mahu menggulingkan Presiden Bashar Assad.
Ia dikelilingi bangunan kerajaan termasuk kementerian pertahanan dan kediaman rasmi presiden.
Pada Rabu lalu, pertempuran kedua-dua pihak mengakibatkan 148 penduduk terbunuh.
Topic Berkaitan
#Amer Mardini
#Baramkeh
#Serangan mortar
#Universiti Damsyik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan