TOKYO: Dua individu mengalami jantung terhenti manakala sembilan lagi masih gagal dikesan selepas sebuah cerobong asap runtuh di kilang Nippon Paper di Bandar Yatsushiro, Wilayah Kumamoto pada Selasa berikutan gempa bumi kuat yang melanda barat daya Jepun, lapor Xinhua yang memetik penyiar awam NHK.
Terdahulu, NHK melaporkan, pihak polis di Yatsushiro menerima laporan bahawa cerobong asap di kilang kertas berkenaan telah runtuh, menyebabkan beberapa pekerja tidak dapat dihubungi.
Pihak berkuasa memaklumkan, operasi menyelamat belum dapat dimulakan berikutan panggilan kecemasan dari seluruh kawasan terjejas bencana telah mengatasi kapasiti pasukan penyelamat tempatan.
-- BERNAMA-XINHUA