awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
Epstein didakwa cuba dekati Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, 16 cedera dalam letupan bunuh diri di Turki

Agensi
Agensi
24/11/2016
06:53 MYT
2 maut, 16 cedera dalam letupan bunuh diri di Turki
Dua maut dan 16 cedera dalam satu letupan yang menggegarkan bangunan pejabat gabenor di Adana, selatan Turki. -Astro AWANI
Dua maut dan 16 cedera dalam satu letupan yang menggegarkan bangunan pejabat gabenor di Adana, selatan Turki.
Memetik laporan agensi tempatan, gabenor wilayah, Mahmut Demirtas berkata letupan itu bermula daripada sebuah kereta yang diletakkan di luar bangunan.
"Sebuah kereta meletup pada jam 8.05 pagi (0505 GMT) di sebuah tapak letak kenderaan di sebelah pintu masuk pejabat gabenor," kata Demirtas.
Serangan dipercayai dilakukan seorang wanita tanpa mengulas lanjut, katanya lagi.
Letupan itu memecahkan tingkap di kawasan berdekatan, stesen televisyen NTV melaporkan.
Pasukan bomba dan ambulans dihantar ke lokasi susulan kejadian.
Menteri Hal Ehwal EU Turki, Omer Celik menggambarkan letupan tersebut sebagai satu ‘serangan yang keji’ di dalam status Twitternya hari ini.
Tiada kenyataan rasmi daripada kerajaan Turki susulan insiden setakat ini.
Topic Berkaitan
#Letupan Turki
#Mahmut Demirtas
#Omer Celik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan