awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado

Bernama
Bernama
24/11/2024
10:36 MYT
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Pesawat Peronda Udara Awam yang membawa tiga orang di dalamnya terhempas di kawasan Gunung Storm, Colorado. - Gambar fail/ FB Colorado Wing-Civil Air Patrol
LOS ANGELES: Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Jurucakap Pejabat Sherrif Larimer County, Ali Adams dalam satu taklimat berkata pesawat Peronda Udara Awam yang membawa tiga orang di dalamnya terhempas pada 11.12 pagi waktu tempatan (1912 MT) di kawasan Gunung Storm.
Menurut kenyataan akhbar pejabat gabenor, ketiga-tiga individu yang berada dalam pesawat, yang semuanya telah berkhidmat sebagai sukarelawan di Peronda Udara Awam, sedang menjalankan "misi latihan rutin untuk latihan fotografi udara" apabila kemalangan berlaku.
Peronda Udara Awam, agensi bukan berasaskan keuntungan adalah unit bantuan rasmi Tentera Udara AS.
Di Colorado, misi Peronda Udara Awam termasuk usaha mencari dan menyelamat pendaki serta pemburu yang hilang, mencari pesawat yang terhempas serta mengangkut anggota kecemasan dan bahan perubatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#pesawat terhempas
#Colorado
#peronda udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan