KUALA LUMPUR: Dua pakar angkasa Malaysia akan berucap pada program berkaitan angkasa lepas pada minggu ketiga di Ekspo 2020 Dubai pada acara global yang diadakan buat pertama kali di rantau Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan.
Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai dalam satu kenyataan hari ini berkata saintis angkasa terkenal Profesor Emerita Mazlan Othman dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Azlikamil Napiah akan mengambil bahagian secara maya dari Malaysia dalam dua acara berasingan.
Mazlan akan berucap pada Majlis Dunia yang bertajuk "Hope and Perseverance: Lessons Learnt from the Red Planet for Life on Earth" pada 21 Okt, 2021.
Acara ini disusun oleh Ekspo 2020 Dubai dan Amerika Syarikat.
Beliau akan menyertai panel pemimpin pemikir, cendekiawan berwawasan dan rakan-rakan saintis dalam perbualan tentang bagaimana penerokaan planet Marikh atau Planet Merah meningkatkan pemahaman manusia tentang kehidupan di bumi serta kemungkinan manusia hidup di planet lain.
"Penceramah dijangka merangkumkan pelbagai topik seperti bagaimana manusia boleh memahami tentang perubahan iklim daripada fenomena yang telah mengubah permukaan Marikh, sehingga kepada soalan moral yang mengelilingi penerokaan Marikh dari segi keutamaan saintifik, komersial dan etika," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya Majlis Dunia tentang "Hope and Perseverance: Lessons Learnt from the Red Planet for Life on Earth" boleh dihadiri secara maya melalui pautan: https://virtualexpodubai.com/.
Sementara itu, Azlikamil akan menyertai rakan sejawatan dari Australia, Emiriah Arab Bersatu, Eropah dan India pada forum 'Space-Building Capacity and Research Opportunities' pada 23 Okt, 2021.
Penglibatan itu dianjurkan oleh Persekutuan Dewan Perniagaan dan Industri India di Pavilion India antara jam 2.45 petang hingga 5.30 petang waktu Malaysia.
Acara ini juga boleh dihadiri secara maya melalui pautan: https://ficcibike.com/indiapavilion/ dengan kata laluan: [email protected].
Malaysia adalah antara 192 negara dan organisasi yang mengambil bahagian dalam Ekspo 2020 Dubai yang berlangsung dari 1 Okt, 2021 hingga 31 Mac, 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Mazlan akan berucap pada Majlis Dunia yang bertajuk "Hope and Perseverance: Lessons Learnt from the Red Planet for Life on Earth" pada 21 Okt, 2021. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Pelaburan hijau di Asia Tenggara naik 20 peratus tahun ke tahun, tahun lepas - Laporan
Pelaburan hijau di Asia Tenggara meningkat 20 peratus tahun ke tahun kepada AS$6.3 bilion (AS$1=RM4.76) pada 2023 berbanding AS$5.2 bilion pada 2022.
Skuad hoki ais negara tekad buru pingat sulung di Kuwait
Penolong pengurus pasukan kebangsaan Muhd Fadzli Amin Muhd Yusoff optimis sasaran itu mampu dicapai skuad kebangsaan.
Zeppo Youngsters perkenalkan Malaysia melalui tarian
Zeppo Youngsters berjaya menambat hati juri untuk dinobatkan sebagai juara pertandingan 'Super 24' pada tahun lepas.
Haram puasa pada 1 Syawal - Jakim
Walaupun umat Islam di negara ini menyambut Aidilfitri pada Rabu, terdapat segelintir yang memilih untuk meneruskan puasa dan menyambut Syawal pada Khamis.
Zii Jia ketuai kemaraan pemain negara di BAC 2024
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengetuai kemaraan Malaysia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.