WASHINGTON: Lebih 3,000 kelasi dan anggota marin AS telah memasuki Laut Merah di Asia Barat dengan menaiki dua kapal perang AS, kata Tentera Laut AS pada Isnin.
Kehadiran itu susulan arahan Jabatan Pertahanan (DoD) yang mengerahkan aset tentera tambahan ke Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap apa yang didakwa Washington sebagai ancaman yang ditimbulkan oleh Iran, lapor Xinhua.
Anggota perkhidmatan itu adalah daripada Kumpulan Sedia Amfibia Bataan (ARG) dan Unit Ekspedisi Marin (MEU) ke-26, menurut Pusat kawalan Pasukan Tentera Laut AS (NAVCENT) dalam satu kenyataan. Mereka tiba di rantau itu pada Ahad menaiki kapal USS Bataan dan USS Carter Hall selepas transit melalui Terusan Suez.
"Unit Bataan ARG/MEU ke-26 membawa lebih banyak aset penerbangan dan tentera laut tambahan ke rantau itu serta lebih banyak anggota marin dan kelasi AS, memberikan lebih fleksibiliti dan keupayaan maritim kepada Armada Kelima AS," menurut kenyataan itu.
Berpangkalan di Bahrain, Armada Kelima berada di bawah perintah USNAVCENT dan beroperasi di kawasan meliputi "Teluk Arab, Teluk Oman, Laut Merah, sebahagian Lautan Hindi dan tiga titik sempadan penting di Selat Hormuz, Terusan Suez dan Selat Bab al-Mandeb", menurut kenyataan itu.
Penambahan kehadiran terbaharu menurut kenyataan itu adalah pengaturan yang telah diumumkan oleh DoD, menyusuli pengumuman Pentagon pada 17 Julai bahawa Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin telah mengarahkan kehadiran kapal pemusnah USS Thomas Hudner, serta tambahan jet tempur F-35 dan F-16 ke Selat Hormuz "untuk mempertahankan kepentingan AS dan menjaga kebebasan pelayaran di rantau itu".
Rangkaian peristiwa itu berlaku ketika Washington menuduh Iran merampas atau cuba merampas kapal dagang yang melalui laluan air di sekitar Teluk Parsi yang penting untuk aliran perdagangan antarabangsa, terutamanya perdagangan minyak.
Beberapa media AS melaporkan bahawa AS sedang mempertimbangkan tindakan yang tidak pernah diambil iaitu menempatkan tentera di atas kapal komersial yang melalui Selat Hormuz untuk menghalang dakwaan rampasan Iran, yang didakwa AS telah berlaku selama bertahun-tahun.
Tindakan berpotensi berisiko meningkatkan lagi keadaan yang sudah tegang di rantau berkenaan.
Pentagon enggan mengesahkan kebenaran laporan tersebut. Setiausaha Akhbar Pentagon Pat Ryder memberitahu media semasa taklimat pada Isnin bahawa beliau "tiada pengumuman untuk dibuat".
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Foto US Navy pada penghujung Julai lalu, menunjukkan kapal perang USS Bataan mengharungi Lautan Atlantik untuk memantapkan keperuan ketenteraan AS di Teluk Parsi. - AP
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Seramai 41 penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di kilometer 264.5 lebuhraya utara selatan (PLUS), arah selatan hari ini.
Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar
Pengamal media perlu aktif turun lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
AWANI Ringkas: Dijangka catat dagangan dalam julat kecil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Peningkatan perdagangan borong, runcit bukti ekosistem ekonomi segar, progresif - Armizan
Nilai jualan perdagangan borong dan runcit yang meningkat sebanyak 5.2 peratus pada Mac tahun ini menunjukkan ekosistem perekonomian domestik negara berada dalam keadaan segar dan progresif.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Bas pesiaran membawa penumpang dari Kupang, Kedah terbalik di KM264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan.
Bayi sembilan bulan, ibu antara tiga maut dalam kemalangan di Semporna
Seorang ibu bersama bayi dan seorang warga emas wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan, pada Sabtu.
Perbincangan perjanjian pandemik diteruskan selepas tarikh akhir: WHO
Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia bersetuju lanjutkan perbincangan selama dua minggu lagi mengenai perjanjian penting berhubung pengendalian pandemik masa depan.
Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden
PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gudang peluru tentera di Jawa Barat terbakar
Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk pemindahan penduduk di sekitar gudang, dan pengendalian kebakaran.
Azerbaijan dakwa Armenia serang kedudukan tentera di Nakchivan
Kementerian Pertahanan Azerbaijan mendakwa, tentera Armenia melepaskan tembakan berhampiran penempatan Heydarabad pada Sabtu.
Hamas cadang pelan gencatan senjata selama 135 hari
Pelan tersebut antaranya termasuk semua tebusan akan dibebaskan, Israel mengundurkan tenteranya dari Semenanjung Gaza serta persetujuan untuk menamatkan perang.
Lemas di kolam tentera: Nor Amar Mukhlis hasrat pulang ke kampung
Bapa Allahyarham berkata mengikut perancangan mereka sekeluarga bertolak ke kampung petang semalam selepas permohonan cutinya diluluskan.
Korea Selatan: Orang awam di pulau sempadan barat diarah berlindung
Arahan pemindahan kecemasan itu dibuat pada 12.02 tengah hari dan sekali lagi pada 12.30 tengah hari (waktu tempatan) atas permintaan tentera Korea Selatan.
9 disyaki pemberontak terbunuh dalam pertempuran di Filipina
Pihak tentera turut menemukan lapan senjata api di lokasi kejadian.
Ukraine mahu rakyatnya di luar negara berkhidmat dalam tentera
Rakyat Ukraine berumur antara 25 dan 60 tahun di Jerman dan negara-negara lain yang layak untuk berkhidmat diminta melapor diri.