LEBIH 4.95 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.94 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 582 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 361 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil.

Manakala Jerman dengan 99 juta dos, United Kingdom dan Perancis melebihi 80 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 89 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Malaysia dengan lebih 31 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 8 juta dos.