awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,520 anggota polis Indonesia kawal keselamatan lawatan Pope Francis pada Sept

Bernama
Bernama
14/08/2024
10:46 MYT
4,520 anggota polis Indonesia kawal keselamatan lawatan Pope Francis pada Sept
Pope Francis dijangka tiba di Jakarta pada petang 3 Sept dan akan bertemu dengan Presiden Joko Widodo di Istana Merdeka pada hari berikutnya.- Foto Reuters
JAKARTA: Polis Indonesia bersedia mengerahkan 4,520 anggota bagi memastikan keselamatan lawatan Pope Francis ke negara itu dari 3 hingga 6 Sept.
Pope, pemimpin spiritual Gereja Roman Katolik dan ketua negara Vatican City, akan diberi kawalan keselamatan yang ketat sepanjang lawatannya.
Operasi yang akan berlangsung dari 2 Sept hingga 7 Sept ini akan menyaksikan penglibatan 1,077 anggota dari Ibu Pejabat Polis Negara dan 3,443 dari Polis Jakarta.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, ketua maklumat awam, Brigedier Jeneral Trunoyudo Wisnu Andiko berkata: "Kami akan memastikan keselamatan setiap aspek lawatan ini termasuk aktiviti praacara, semasa dan selepas acara."
Pope Francis dijangka tiba di Jakarta pada petang 3 Sept dan akan bertemu dengan Presiden Joko Widodo di Istana Merdeka pada hari berikutnya.
Pada 5 Sept, beliau akan mengambil bahagian dalam pertemuan antara agama di Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara dan kemudian bertemu penerima bantuan daripada pertubuhan amal di pejabat Persidangan Uskup Indonesia.
Pada malam itu, Pope akan memimpin Misa besar di Stadium Gelora Bung Karno, yang dijangka menarik puluhan ribu penganut Katolik.
Polis juga akan mengawasi keselamatan untuk Forum Kelestarian Antarabangsa, yang berlangsung dari 4 hingga 6 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lawatan Pope Francis
#Polis Indonesia
#lawatan ke Indonesia
#Gereja Roman Katolik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan