JUMLAH dos vaksin COVID-19 yang sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini menghampiri angka 7 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, sejumlah 6.94 bilion dos vaksin sudah didaftar atau disuntik secara global.

China mendahului dengan lebih 2.25 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak lebih 1 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 414 juta dos.

Brazil mencatat lebih 271 juta dos sementara Jepun melebihi 187 juta.

Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 188 juta dos.

Ini diikuti Thailand melebihi 72 juta manakala Filipina 57 juta dan Malaysia melebihi 49 juta.

Singapura sudah melebihi 10 juta dos vaksin.