awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

68 maut dalam serangan udara AS ke atas pusat tahanan di utara Yaman - Houthi

Bernama
Bernama
28/04/2025
15:55 MYT
68 maut dalam serangan udara AS ke atas pusat tahanan di utara Yaman - Houthi
Angka korban akibat serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah pusat tahanan di utara Yaman pada Isnin meningkat kepada 68 orang, manakala 47 lagi cedera. - Foto REUTERS
SANAA: Angka korban akibat serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah pusat tahanan di utara Yaman pada Isnin meningkat kepada 68 orang, manakala 47 lagi cedera, lapor Xinhua memetik saluran TV Al-Masirah yang dikendalikan Houthi.
Kumpulan Houthi, yang menguasai sebahagian besar kawasan di utara Yaman berkata semua mangsa adalah pendatang tanpa izin dari Afrika yang ditahan di pusat tahanan di Saada, ibu kota wilayah Saada, utara negara itu.
Menurut saluran televisyen itu, kesemua 68 mayat berjaya dikeluarkan daripada runtuhan selepas pasukan pertahanan awam memadamkan kebakaran yang tercetus akibat serangan udara AS itu. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital.
"Satu daripada peluru berpandu Amerika yang mengenai pusat tahanan itu tidak meletup. Pihak berkuasa berkaitan sedang mengendalikan objek itu dengan penuh berhati-hati," menurut saluran televisyen Houthi.
"Pendatang dalam pusat ini berada di bawah seliaan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dan tindakan menyerang pusat ini adalah satu jenayah perang sepenuhnya," menurut Kumpulan Houthi dalam satu kenyataan di saluran itu.
Menurut IOM, Yaman kekal sebagai negara transit bagi ribuan migran yang bergerak antara Tanduk Afrika dan Arab Saudi meskipun negara itu dilanda perang saudara selama bertahun-tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan udara
#Amerika Syarikat
#utara Yaman
#Houthi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan