awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

69 maut, 9.5 juta terkandas dalam banjir di Bangladesh

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2022
00:45 MYT
69 maut, 9.5 juta terkandas dalam banjir di Bangladesh
Pakar alam sekitar memberi amaran bahawa perubahan iklim boleh membawa kepada bencana yang lebih serius. - Foto REUTERS
DHAKA: Situasi banjir di Bangladesh terus memburuk dengan 9.5 juta orang masih terkandas dan terputus hubungan termasuk bekalan makanan dan minuman.
Hujan monsun lebat membawa banjir terburuk dalam lebih satu abad di beberapa kawasan rendah Bangladesh dan mengorbankan 69 orang sejak dua minggu lalu.
Musim tengkujuh membawa hujan lebat ke Asia Selatan di antara Jun dan Oktober dan sering mencetuskan banjir terutamanya di kawasan rendah seperti Bangladesh, mengakibatkan sungai-sungai melimpah.
Pakar alam sekitar memberi amaran bahawa perubahan iklim boleh membawa kepada bencana yang lebih serius.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Bencana Bangladesh, Atiqul Haque, tiga lagi daerah di bahagian utara dan tengah negara itu telah dinaiki air.
Jelasnya, pentadbiran tempatan bersama tentera, polis, bomba dan perkhidmatan kecemasan serta sukarelawan telah terlibat dalam operasi menyelamat dan bantuan.
Banjir di wilayah Sylhet termasuk Sunamganj adalah yang paling teruk dengan dana Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata 90 peratus daripada kemudahan kesihatannya telah ditenggelami air dan kes penyakit bawaan air semakin meningkat.
UNICEF berkata ia segera mengumpul 2.5 juta dolar untuk bertindak balas terhadap kecemasan di Bangladesh dan bekerjasama dengan kerajaan untuk membekalkan tablet penulenan air, bekalan perubatan kecemasan dan bekas air.
Di beberapa kawasan, anggota tentera Bangladesh menurunkan guni bekalan bantuan daripada helikopter kepada orang ramai yang menunggu di atas bumbung.
Topic Berkaitan
#banjir
#terkandas
#hujan lebat
#sungai melimpah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan