JUMLAH dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 7.3 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.33 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 431 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 279 juta dos didaftarkan, sementara Jepun melebihi 192 juta.

Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 207 juta dos telah didaftarkan.

Ini diikuti Thailand dengan lebih 80 juta, Filipina 64 juta, Malaysia 50 juta, dan Singapura dengan lebih 10 juta dos vaksin didaftarkan.