Tujuh disahkan terbunuh dalam dua kejadian serangan di London dan tiga suspek ditembak mati.

Serangan dilakukan oleh tiga penyerang yang memandu sebuah van di pejalan kaki di London Bridge dan bertindak menikam penduduk di kawasan Borough Market, kata Ketua Polis Metropolitan London Cressida Dick.

"Ia telah disahkan bahawa tujuh orang awam telah meninggal dunia. Di samping itu, seperti yang anda tahu, tiga suspek telah mati.

"Keutamaan kami sekarang ialah untuk bekerjasama dengan rakan sekerja dalam rangkaian polis antipengganas kebangsaan dan juga dengan perkhidmatan perisikan dan agensi keselamatan lain bagi memperoleh lebih banyak maklumat mengenai individu-individu yang melakukan serangan ini dan latar belakang mereka," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen.

Beliau berkata polis percaya insiden berkenaan kini sudah terkawal.