JUMLAH dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 7 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, sejumlah 7.131 bilion dos vaksin yang sudah didaftar atau disuntik secara global.

China kini mendahului dengan lebih 2.28 bilion dos vaksin sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 422 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 276 juta dos didaftarkan, sementara Jepun melebihi 190 juta.

Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 198 juta dos sudah didaftarkan.

Ini diikuti Thailand dengan lebih 77 juta, Filipina 60 juta, dan Malaysia 50 juta.

Singapura pula mencatat lebih 10 juta dos vaksin sudah didaftarkan.