8 maut dalam tembakan rambang di sekolah Texas

Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam insiden tembakan rambang di sebuah sekolah menengah di Santa Fe, Texas Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat. Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, keadaan kini terkawal dan suspek utama kini dalam tahanan. Turut ditahan seorang lagi suspek. Selain mangsa yang maut, seorang anggota polis kini sedang dirawat namun apakah bentuk kecederaan yang dialaminya masih belum diketahui.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam reaksinya menerusi mesej Twitter berharap semuanya selamat.