Skip to main content

Dunia

9 maut termasuk kanak-kanak dalam insiden tembakan rambang di Pennsylvania, AS

Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk beberapa kanak-kanak, terbunuh dalam satu insiden tembakan rambang di Erie, di Negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat. - Gambar AP
Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk beberapa kanak-kanak, terbunuh dalam satu insiden tembakan rambang di Erie, di Negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat. - Gambar AP

Advertisement

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk beberapa kanak-kanak, terbunuh dalam satu insiden tembakan rambang di Erie, di Negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS), menurut pihak berkuasa pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.

Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam dan luar sebuah rumah sebelum maut akibat kecederaan tembakan yang dilakukan ke atas dirinya sendiri, lapor ABC News yang memetik pihak berkuasa.

"Ini adalah antara kejadian yang paling sukar dan menyayat hati pernah dihadapi oleh pegawai dan penyiasat kami," kata Ketua Polis, Rick Lorah.

"Kehilangan nyawa ini amat memilukan, dan keadaan yang sedang kami kendalikan ini amat membimbangkan," katanya.

Pihak berkuasa belum mendedahkan identiti mangsa mahupun suspek penembak.

Motif kejadian tembakan itu masih belum diketahui, dan penyiasat sedang berusaha mengenal pasti punca yang membawa kepada serangan berkenaan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement