NEW YORK: Sejumlah 92 juta kanak-kanak di Eropah dan Asia Tengah, atau separuh daripada populasi muda di rantau ini didapati lebih kerap terdedah kepada gelombang haba iaitu sebanyak dua kali ganda purata global.
Pengarah Serantau Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Regina De Dominicis berkata negara di rantau itu kini merasakan bahang akibat krisis iklim, dengan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak paling terjejas teruk.
"Angka itu dijangka meningkat kepada pada 2050," katanya dalam satu taklimat pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Beliau berkata implikasi negatif terhadap kesihatan kini dan pada masa depan bagi sebahagian besar kanak-kanak di rantau ini sewajarnya menjadi pemangkin kepada kerajaan untuk melabur segera dalam langkah mitigasi.
Selain itu, gelombang haba juga menjejaskan pendidikan kanak-kanak kerana menghalang keupayaan mereka untuk menumpukan perhatian dan belajar, menurut laporan itu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, gelombang haba di Eropah dan Asia Tengah menjadi semakin kerap tanpa ada tanda-tanda untuk reda, dengan kekerapannya dijangkakan meningkat lagi pada tahun-tahun akan datang.
Dianggarkan peningkatan suhu global pada 1.7 darjah Celsius dan menjelang 2050, setiap kanak-kanak di rantau itu diunjur mengalami frekuensi gelombang haba yang tinggi.
Lebih membimbangkan, kira-kira 81 peratus daripada kanak-kanak ini akan mengalami tempoh gelombang haba yang berpanjangan, manakala 28 peratus akan menghadapi keadaan gelombang haba yang lebih teruk.
UNICEF menggariskan enam cadangan untuk dilaksanakan oleh kerajaan di seluruh Eropah dan Asia Tengah, termasuk menggabungkan pengurangan gelombang haba dan penyesuaian ke dalam komitmen berkaitan iklim, pengurangan risiko bencana, dasar pengurusan risiko bencana dan mengutamakan kanak-kanak dalam semua rancangan.
Kerajaan perlu melabur dalam penjagaan kesihatan primer, tindakan awal, diagnosis dan rawatan penyakit berkaitan haba dalam kalangan kanak-kanak, termasuk melatih pekerja kesihatan dan guru komuniti.
Menurut UNICEF kerajaan juga perlu terus melabur dalam sistem amaran awal iklim, menjalankan penilaian alam sekitar tempatan dan menyokong kesiapsiagaan kecemasan serta inisiatif membina daya tahan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, gelombang haba di Eropah dan Asia Tengah menjadi semakin kerap tanpa ada tanda-tanda untuk reda. -AP
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
Suruhanjaya Eropah peruntukkan 120 juta euro, bantu petani terjejas akibat cuaca buruk
Suruhanjaya Eropah mengumumkan cadangan bantuan kewangan sebanyak 119.7 juta euro (US$141.4 juta) bagi menyokong petani yang terjejas akibat cuaca buruk sepanjang musim bunga dan musim panas lalu.
Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korban gelombang haba meningkat kepada 14, ternakan mati cecah 300,000 di Korea Selatan
Agensi cuaca telah meramalkan bahawa gelombang haba mungkin berterusan sehingga sekurang-kurangnya 15 Ogos.
Lima lagi kematian direkodkan akibat gelombang haba di Korea Selatan
Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, seramai 1,546 orang dilaporkan mengalami penyakit berkaitan haba setakat ini.
4 maut, 400 dirawat di hospital akibat cuaca panas di Korea Selatan
Sebanyak 384 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan di 507 hospital seluruh negara dari Isnin hingga Jumaat minggu lalu, termasuk 114 kes pada Khamis.
Jepun terus rekod suhu tinggi di tengah gelombang haba melampau
Gelombang haba yang melampau di Jepun masih berterusan tanpa tanda-tanda reda, dengan suhu di Kyushu hampir mencecah 40 darjah Celsius pada Ahad, lapor Xinhua memetik ramalan cuaca.
Lima kebakaran akibat gelombang haba di Andalusia
Seramai 170 anggota bomba serta pelbagai jenis jentera dan kenderaan digunakan untuk memadamkan api.
Beberapa bandar Itali siap sedia hadapi kemuncak gelombang haba
Amaran merah, yang tertinggi dalam sistem empat peringkat di Itali, akan berkuat kuasa selama tiga hari di 17 daripada 27 bandar.