DUNIA
92 peratus rumah di Gaza musnah akibat serangan Israel - OCHA

Kira-kira 92% rumah di Gaza atau sekitar 436,000 kediaman musnah atau rosak akibat serangan Israel, menyebabkan 90% penduduk Palestin hilang tempat tinggal. -Gambar fail/AP
NEW YORK: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada Isnin melaporkan bahawa 92 peratus rumah di Gaza atau sekitar 436,000 kediaman musnah atau rosak akibat serangan Israel, sementara 90 peratus penduduk Palestin hilang tempat tinggal.
Ringkasan AI
- 92% rumah di Gaza atau sekitar 436,000 kediaman musnah atau rosak akibat serangan Israel, menyebabkan 90% penduduk Palestin hilang tempat tinggal.
- Pengumuman gencatan senjata memberi harapan, tetapi cabaran yang menanti amat besar, termasuk usaha menangani keperluan mendesak dan memulihkan sistem kesihatan yang kompleks dan sukar.
- Sejak 7 Oktober 2023, serangan Israel ke atas Gaza mengakibatkan sekurang-kurangnya 46,913 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 110,750 cedera, dengan sekitar 11,000 orang masih hilang di bawah runtuhan dan di jalanan.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza itu berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan (0915GMT) Ahad selepas tertangguh beberapa jam ekoran Israel menuduh Hamas melengahkan penyerahan senarai tawanan yang akan dibebaskan.
Sejak 7 Okt 2023, tentera Israel melancarkan serangan ke atas Gaza mengakibatkan sekurang-kurangnya 46,913 rakyat Palestin terbunuh, serta mencederakan lebih 110,750 yang lain.
Sementara itu, sekitar 11,000 orang masih hilang di bawah runtuhan dan di jalanan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami