awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang tiri Raja Jordan ditahan dalam rumah, dituduh cuba gugat keselamatan

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2021
02:51 MYT
Abang tiri Raja Jordan ditahan dalam rumah, dituduh cuba gugat keselamatan
Hamzah memberitahu beliau tidak diizinkan keluar atau berkomunikasi dengan sesiapa atau bertemu keluarga diraja. - Foto REUTERS
PUTERA Hamzah, abang tiri Raja Jordan, Raja Abdullah, memaklumkan beliau telah ditahan di rumah oleh pihak berkuasa Jordan dan menuduh kepemimpinan negara itu melakukan rasuah dan tidak cekap.
Dalam rakaman video yang dibocorkan kepada BBC, Hamzah memberitahu beliau dikunjungi ketua tentera negara itu dan tidak diizinkan keluar atau berkomunikasi dengan sesiapa atau bertemu keluarga diraja.
Hamzah mengatakan beliau dihukum kerana mengambil bahagian dalam pertemuan yang menyebabkan raja dikritik, walaupun beliau tidak dituduh sebagai pengkritik secara terus.
"Saya bukan orang yang bertanggungjawab atas kerosakan dalam kerajaan, rasuah dan ketidakcekapan yang berlaku dalam struktur pemerintahan kita selama 15 hingga 20 tahun ini. Saya tidak bertanggungjawab atas kurangnya kepercayaan yang ada pada institusi diraja," kata Hamzah.
Jeneral tertinggi negara itu pada awalnya telah menafikan Hamzah, bekas putera mahkota yang dilucutkan gelaran pada tahun 2004, ditangkap atau berada dalam tahanan rumah, walaupun ketika pihak berkuasa mengumumkan penangkapan bekas pegawai kanan kerajaan.
Hamzah sebelum itu diminta untuk menghentikan beberapa gerakan dan kegiatan yang digunakan untuk menggugat keselamatan dan kestabilan Jordan.
"Tidak ada yang boleh melampaui undang-undang dan keselamatan, kestabilan Jordan berada di tempat teratas," kata Jeneral Yousef Huneiti, ketua angkatan tentera.
Topic Berkaitan
#Raja Jordan
#undang-undang
#keselamatan
#Jordan
#raja abdullah
#Putera Hamzah
#kerajaan
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan