awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Kanada dirakam buang air kecil dalam cawan ketika sidang maya

Eton Khir
Eton Khir
30/05/2021
04:41 MYT
Ahli Parlimen Kanada dirakam buang air kecil dalam cawan ketika sidang maya
Amos membuat permohonan maaf setelah dirakam membuang air kecil di dalam cawan ketika sidang tertutup Parlimen secara maya. -Gambar fail
OTTAWA: Seorang ahli politik Kanada secara tidak sengaja dirakam membuang air kecil ke dalam sebuah cawan ketika satu sidang tertutup Parlimen secara maya.
Susulan kejadian memalukan itu, Ahli Parlimen daripada parti Liberal, William Amos tampil membuat permohonan maaf di Twitter dan umum mengundur diri buat sementara waktu.
"Malam tadi, ketika menghadiri prosiding Dewan Rakyat secara maya, dalam sidang tertutup, saya secara tidak sengaja telah membuang air kecil tanpa menyedari diri saya dirakam melalui kamera.
"Saya meminta maaf dan sangat malu dengan tindakan saya.
"Walaupun ia tidak disengajakan dan tidak dipertontonkan kepada orang ramai, insiden ini tidak dapat diterima dan saya memohon maaf tidak terhingga.
"Saya akan berundur diri buat sementara daripada jawatan sebagai Setiausaha Parlimen dan tugasan dalam jawatankuasa untuk mendapatkan bantuan.
"Saya akan terus menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen dan bersyukur dapat membawa suara akar umbi di Parlimen.
"Saya gembira dengan sokongan daripada staf dan kasih sayang keluarga saya," tulis Amos dalam kenyataannya di Twitter.
Please see my statement. Veuillez lire ma déclaration. pic.twitter.com/ICc8WjqNZi
— William Amos (@WillAAmos) May 28, 2021
Walau bagaimanapun, menurut media tempatan, ini bukanlah kali pertama Amos 'dimalukan' secara dalam talian.
Kira-kira sebulan lalu, dia dirakam dalam keadaan berbogel semasa sidang maya dijalankan.
Dalam kejadian itu, Amos mendakwa sedang bersiap untuk memakai pakaian rasmi selepas berjoging dan tidak menyedari tindakannya itu sedang dirakam.
Sementara itu, pembangkang daripada parti Konservatif menyelar tindakan Amos yang disifatkan "tidak dapat diterima" dan mempersoalkan sama ada kejadian itu benar-benar tidak disengajakan.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Kanada
#William Amos
#buang air kecil dalam cawan
#Parti Liberal
#sidang maya
#sidang tertutup
#dirakam kamera
#secara tidak sengaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan