ISTANBUL: Gempa bumi kuat baharu mungkin berlaku tidak lama lagi di kawasan pelabuhan Canakkale Turkiye di Laut Marmara susulan peningkatan aktiviti seismik di sana, kata ahli seismologi Turkiye Dogan Perincek kepada Agensi Berita Sputnik pada Khamis.
Pada Isnin, dua gempa bumi masing-masing bermagnitud 7.7 dan 7.6 magnitud melanda selatan Turkiye.
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyifatkan bencana itu sebagai gempa bumi paling kuat sejak 1939.
"Sejak 10 hari lepas, saya merekodkan peningkatan aktiviti seismik di Canakkale dari arah Laut Marmara. Saya terlibat dalam pemantauan harian dan analisis aktiviti seismik di negara ini menggunakan peta khas selama lebih 10 tahun. Tiga tahun dari sekarang, saya meramalkan gempa bumi di Canakkale," kata saintis itu.
Menurut anggaran Perincek, mungkin gempa berukuran antara tujuh skala Richter melanda sekali setiap 250 tahun dan gempa bumi terakhir di kawasan itu berlaku 287 tahun lalu.
"Masanya akan tiba, gegaran boleh bermula di sana pada bila-bila masa. Pemerhatian saya di Laut Marmara mengesahkan andaian ini," kata pakar seismologi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023
Pada Isnin, dua gempa bumi masing-masing bermagnitud 7.7 dan 7.6 magnitud melanda selatan Turkiye. - Gambar fail/REUTERS
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Gempa bumi berukuran 7.3 magnitud landa utara Chile
Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud telah berlaku berhampiran bandar pelabuhan Antofagasta di utara Chile, lapor Sputnik.
Gempa bumi kuat 7.5 richter landa Mindanao, Filipina
Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 10.37 malam tadi.
100,000 kanak-kanak terjejas gempa bumi di Maghribi - UNICEF
Kira-kira 100,000 kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Maghribi Jumaat lepas, kata Agensi Kanak-Kanak PBB (UNICEF) pada Isnin.
Gempa bumi kuat landa Miyako, Jepun
Gempa bumi bermagnitud 5.6 melanda 118 kilometer (km) NE Miyako, Jepun pada 07:37:01 GMT, Rabu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Ahli seismologi Turkiye ramal gempa bumi kuat seterusnya dekat dengan pelabuhan Canakkale
Gempa bumi kuat baharu mungkin berlaku tidak lama lagi di kawasan pelabuhan Canakkale Turkiye di Laut Marmara susulan peningkatan aktiviti seismik di sana.
Gempa bumi kuat landa Pakistan
Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan ibu negara Pakistan, Islamabad pada petang Ahad, menurut Jabatan Meteorologi Pakistan.
Gempa bumi kuat gegar Luzon, Filipina
Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Luzon, utara Filipina malam tadi, dengan pegawai menjangkakan kerosakan akibat bencana alam berkenaan.
Gempa bumi kuat landa timur Taiwan
Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Lautan Pasifik pada 2.23 petang Isnin menggegarkan sebahagian besar Taiwan, menurut Agensi Berita Pusat (CNA).
Gempa bumi kuat 7.0 skala Richter dikesan di Kepulauan Loyalty
Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty malam ini.
Gempa bumi kuat melanda Sumatera, Indonesia malam ini
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia malam ini.