awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis alam sekitar halang lalu lintas sekitar Berlin

Bernama
Bernama
18/09/2023
09:07 MYT
Aktivis alam sekitar halang lalu lintas sekitar Berlin
Kumpulan aktivis iklim turut menyembur tiang di Gerbang Brandenburg dengan warna jingga, hingga mencetus kritikan. - AP
BERLIN: Aktivis iklim "Last Generation" bertindak menghalang lalu lintas di beberapa kawasan di Berlin pada Isnin, seterusnya memulakan gelombang protes yang berterusan bagi menuntut penggunaan bahan api fosil dihentikan.
Pada pagi Isnin, polis melaporkan lalu lintas semasa waktu puncak terganggu di 21 lokasi berbeza, dan perkhidmatan bas turut terkesan.
Kumpulan "Last Generation" mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya 23 tunjuk perasaan di sekitar ibu negara Jerman, manakala susur keluar lebuh raya serta jalan menuju ke Berlin turut terjejas.
Di beberapa kawasan, aktivis melekatkan diri mereka di jalan dengan menggunakan gam, yang menjadi strategi kebiasaan kumpulan itu.
Polis berkata bahawa beberapa daripada mereka menggunakan campuran gam yang sangat kuat, menjadikan usaha untuk menyuraikan mereka lebih sukar.
Sebanyak 500 pegawai polis telah dikerah untuk mengendalikan sekatan itu.
Tuntutan kumpulan ini termasuk penggunaan bahan api fosil dihentikan menjelang tahun 2030.
Pada masa ini, kerajaan di Berlin merancang agar Jerman menjadi neutral iklim menjelang tahun 2045.
Pada Ahad, ahli kumpulan ini telah menyembur cat berwarna jingga pada enam tiang ikonik Gerbang Brandenburg, hingga menerima kritikan yang tajam.
Seramai 14 individu telah ditangkap, dan pada petang Ahad, enam daripada mereka masih berada dalam tahanan menurut pihak polis.
Topic Berkaitan
#aktivis
#halang lalu lintas
#bahan api fosil
#Berlin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan