awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktor Peru kahwini pokok, simbol komitmen terhadap alam sekitar

Agensi
Agensi
11/05/2016
03:26 MYT
Aktor Peru kahwini pokok, simbol komitmen terhadap alam sekitar
Torres melengkapkan ritual perkahwinannya dengan pokok Cypress tertua tersebut. - Foto sumber YouTube AJ
Bersaksikan warga tua, keluarga dan rakan-rakan terdekat, seorang aktor Peru yang juga aktivis, Ricardo Torres, telah ‘mengahwini’ sebatang pokok Cypress tua di Mexico pada 8 Mei lalu.
Tindakannya ‘menjalin ikatan komitmen sepanjang hayat’ dengan pokok itu adalah sebagai perlambangan kepada kempen kesedaran ekologi, sekali gus menandakan ‘perkahwinan’ yang kelapan antara aktivis itu dan spesies pokok istimewa.
Dalam upacara tersebut, Torres meletakkan cincin di ranting dan mengucup pokok itu sementara tetamu menaburkan beras kepada ‘pasangan’ berkenaan.
Sewaktu upacara berlangsung pada jam 11.30 pagi, loceng gereja dan gemerincing yang diperbuat daripada cangkerang siput laut dibunyikan di sekitar jalanan Santa Maria del Tule.
Sama seperti pasangan yang baru berkahwin, Torres juga mahukan sesi bulan madu. Namun, pengisian bulan madunya adalah aktiviti menanam lebih banyak pokok bersama kanak-kanak sebagai tanda sokongan berterusan terhadap kempen menghijaukan bumi.
“Perkahwinan dengan pokok Cypress adalah simbol kempen ini. Kahwinilah pokok, wahai warga Mexico.
“Hentikan tangan –tangan mereka yang mahu menebang pokok. Saya mengecam ‘pembunuhan’ ini dan meminta Presiden Mexico menghentikan kemusnahan ini,” tegas aktor itu.
Pokok yang dikahwini Torres itu digelar El Tule, berusia 2,000 tahun dan sangat terkenal. Ia merupakan antara pokok paling tua di dunia.
Berita perkahwinan tersebut telah mendapat liputan pelbagai media antarabangsa, antaranya Reuters , International Business Times , Channel N ews Asia, da n The Telegraph, yang secara tidak langsung memberi publisiti terhadap kempen alam sekitar tersebut.
Topic Berkaitan
#aktivis alam sekitar
#Kempen Hijau
#pelakon Peru kahwini pokok
#pokok Cypress
#Ricardo Torres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan