awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Mesir sedia jadi tuan rumah persidangan pemulihan Gaza
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
64 peratus syarikat pengendali kenderaan perdagangan gagal patuhi JISA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Amaran dikeluarkan di Jerman ketika suhu dijangka meningkat

Bernama
Bernama
29/06/2025
12:49 MYT
Sponsor Banner
Amaran dikeluarkan di Jerman ketika suhu dijangka meningkat
Haba yang melampau boleh membahayakan manusia dan menyebabkan masalah kesihatan. - AP
BERLIN: Perkhidmatan Cuaca Jerman pada Ahad mengeluarkan amaran untuk kawasan selatan dan barat negara itu susulan gelombang haba di seluruh benua Eropah yang dijangka semakin buruk dalam beberapa hari akan datang, dengan suhu mencecah puncak 39 darjah Celsius pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Amaran dikeluarkan mulai 11 pagi (0900 GMT) di negeri Baden-Wurttemberg, Bavaria, Hesse, North Rhine-Westphalia, Rhineland-Palatinate dan Saarland, dengan suhu dijangka mencapai 35 darjah.
"Elakkan daripada terdedah kepada haba jika boleh, minum air secukupnya dan pastikan ruang dalam rumah kekal sejuk," menurut kenyataan perkhidmatan cuaca itu.
Haba yang melampau boleh membahayakan manusia dan menyebabkan masalah kesihatan, katanya.
Agensi yang berpangkalan di Offenbach itu memberi amaran bahawa suhu tinggi dijangka berlarutan hingga minggu depan.
Wilayah selatan Jerman boleh merekodkan suhu 35 darjah pada Isnin, dengan ribut petir musim panas dijangka berlaku di kawasan pergunungan Alpine dan di Black Forest.
"Pada Selasa, gelombang haba ini akan mula dirasai," kata ahli meteorologi Tobias Reinartz.
Dua hari pertama Julai dijangka merekodkan suhu sehingga 35 darjah di seluruh negara, dengan beberapa kawasan mencapai puncak 39 darjah, menurut Reinartz.
Gelombang haba ini dijangka reda dengan cuaca lebih sejuk dan ribut di banyak kawasan.
Eropah Selatan ketika ini sedang mengalami gelombang haba serius dengan suhu melebihi 40 darjah di Sepanyol.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suhu panas
#pemanasan global
#Jerman
#gelombang haba
#eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami