awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Presiden Colombia ditahan atas kesalahan pengubahan wang haram

Bernama
Bernama
30/07/2023
04:12 MYT
Anak Presiden Colombia ditahan atas kesalahan pengubahan wang haram
Nicolas Petro didakwa menerima wang daripada pengedar dadah untuk membiayai kempen pilihan raya bapanya Presiden Gustavo Petro.
BOGOTA: Anak kepada presiden Colombia, Nicolas Fernando Petro Burgos, ditahan pada Sabtu atas dakwaan pengubahan wang haram dan mengumpul kekayaan secara haram, menurut kenyataan Pejabat Peguam Negara Colombia.
Bekas isterinya Daysuris Vasquez turut ditahan.
"Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Nicolas Fernando Petro Burgos. Bekas isterinya, Daysuris Vasquez, turut ditahan atas jenayah pengubahan wang haram dan pelanggaran data peribadi dari 2022 sehingga kini," menurut kenyataan itu, lapor Anadolu.
Nicolas Petro didakwa menerima wang daripada pengedar dadah untuk membiayai kempen pilihan raya bapanya Presiden Gustavo Petro.
Vasquez berkata Nicolas Petro turut menggunakan wang itu untuk membeli sebuah rumah mewah di Barranquilla.
Presiden Petro, menerusi akaun Twitternya pada Sabtu berkata: "...sebagai presiden saya memberi jaminan kepada anda bahawa pihak pendakwaan akan menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang."
"Saya berharap anak saya diberikan kekuatan untuk menghadapinya. Semoga peristiwa ini memberikan pengajaran kepadanya.
"Seperti yang saya nyatakan di hadapan peguam negara, saya tidak akan campur tangan, biar undang-undang yang menentukannya," kata Petro.
Petro telah menafikan mengambil wang daripada pengedar dadah dan telah mengarahkan pihak pendakwa raya untuk menjalankan siasatan ke atas anaknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak presiden
#presiden columbia
#pengubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan