awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota militan maut, dua ditahan dalam kejadian berbalas tembakan di Narathiwat

Bernama
Bernama
11/05/2021
14:14 MYT
Anggota militan maut, dua ditahan dalam kejadian berbalas tembakan di Narathiwat
Seorang anggota kumpulan militan maut manakala dua lagi ditahan dalam satu kejadian berbalas tembakan di Narathiwat, pada Selasa.
NARATHIWAT: Seorang anggota kumpulan militan maut manakala dua lagi ditahan dalam satu kejadian berbalas tembakan di Narathiwat, selatan Thailand pada kira-kira pukul 5 pagi (waktu tempatan) Selasa.
Ketua Polis Bacho Kol. Pol. Dulman Yaena berkata bertindak atas maklumat, anggota keselamatan mengepong sebuah rumah dua tingkat yang disyaki menjadi tempat perlindungan anggota militan.
"Apabila tiba di rumah itu, anggota-anggota militan dalam rumah itu bertindak melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan. Kejadian berbalas tembakan berlarutan hampir 15 minit.
"Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan yang memeriksa tempat kejadian menemui mayat lelaki dengan sepucuk pistol dan selaras senapang refal ," katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.
Dulman berkata polis turut menahan dua lelaki yang merupakan pemilik rumah untuk membantu siasatan.
"Polis sedang memburu seorang lagi suspek yang berjaya meloloskan diri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#militan
#berbalas tembakan
#Narathiwat
#selatan thailand
#Dulman Yaena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan