awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis Taipei dipecat letak kamera lubang jarum di tandas wanita

Bernama
Bernama
19/11/2024
10:30 MYT
Anggota polis Taipei dipecat letak kamera lubang jarum di tandas wanita
Suspek telah mengaku memasang kamera itu tetapi menegaskan bahawa dia tidak menyebarkan sebarang imej. - Gambar hiasan
TAIPEI: Dua anggota polis di Taipei dipecat secara rasmi selepas didapati memasang kamera lubang jarum di tandas wanita di balai polis tempat mereka bertugas, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).
Menurut kenyataan media, kedua-dua bekas anggota polis itu, masing-masing dengan nama keluarga Huang dan Kuo, bertugas di balai polis kawasan Xinyi dan Daan.
Kes itu terbongkar apabila anggota polis wanita menemukan kamera berkenaan.
Insiden itu dipandang serius kerana kedua-dua anggota didakwa merupakan ahli platform dalam talian "Chuangyi Sifang" yang terkenal dengan penyebaran imej haram, termasuk gambar rahsia dan pornografi kanak-kanak.
Perbuatan Huang dikesan pada Julai, mendorong pihak polis menghubungi pendakwa raya dan melancarkan siasatan.
Bahan bukti turut dirampas semasa serbuan di kediaman dan pejabatnya. Kes itu kini masih dalam siasatan pendakwa raya.
Huang telah mengaku memasang kamera itu tetapi menegaskan bahawa dia tidak menyebarkan sebarang imej.
Mengenai kes Kuo, kenyataan Balai Polis Daan menyebut situasi serupa tetapi tidak menyatakan bila kamera itu ditemukan. Pihak pendakwa di Taipei sedang menyiasat pelanggaran hak privasi.
Pegawai Balai Polis Jalan Dunhua Selatan, tempat Kuo bertugas, enggan mengulas kepada CNA mengenai sama ada Kuo telah menyebarkan sebarang imej.
Kedua-dua balai itu juga enggan menyatakan sama ada satu atau lebih kamera dipasang di bilik mandi wanita di balai berkenaan.
Jabatan Polis Taipei menyatakan bahawa walaupun kedua-dua pegawai telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka yang telah berkuat kuasa, namun jabatan itu tetap memecat mereka secara rasmi untuk memastikan mereka tidak boleh bertugas sebagai pegawai polis lagi.
Menurut jabatan itu, Pesuruhjaya Polis Li Hsi-ho turut mengarahkan semua pejabat lapangan untuk menjalankan pemeriksaan rapi bagi mengesan kamera lubang jarum atau tersembunyi, bagi melindungi privasi anggota polis dan orang awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#spy camera
#kamera lubang jarum
#tandas wanita
#anggota polis ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan