BUENOS AIRES: Angka kematian akibat menggunakan kokain yang disyaki mengandungi racun di wilayah Buenos Aires, Argentina meningkat kepada 20 orang dan 74 yang lain dimasukkan ke hospital, lapor Sputnik, memetik laporan penyiar TN pada Rabu.
Pada awal Khamis, 16 kematian dilaporkan di bandar Hurlingham dan daerah Tres de Febrero.
Kementerian Kesihatan Argentina dilaporkan membentuk satu jawatankuasa khas untuk memantau kes-kes keracunan baharu di negara itu. Pakar cuba menentukan bahan yang dicampur dengan kokain itu. Pihak berkuasa tidak menolak bahawa ia kemungkinan mengandungi racun tikus, kata media.
Menteri Keselamatan Buenos Aires Sergio Berni menggesa orang ramai yang ada membeli kokain dalam tempoh 24 jam terakhir supaya memusnahkannya. Penguatkuasa undang-undang memberi amaran bahawa lebih banyak dadah "yang sangat bertoksik" berada dalam edaran di rantau itu
Polis Argentina melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.
Menurut penyiar itu, penguatkuasa undang-undang setakat ini merampas 15,000 dos kokain dan menahan lapan orang yang mungkin terlibat dalam tragedi keracunan itu.
Menurut laporan media, dadah serupa yang menyebabkan 20 orang maut ditemui di tempat persembunyian seorang daripada tahanan. Lelaki itu berada dalam senarai orang yang dikehendaki sejak Disember.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
Penguatkuasa undang-undang setakat ini merampas 15,000 dos kokain dan menahan lapan orang yang mungkin terlibat dalam tragedi keracunan itu. - AP
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Angka kematian akibat kokain beracun di Argentina meningkat kepada 20
Pada awal Khamis, 16 kematian dilaporkan di bandar Hurlingham dan daerah Tres de Febrero.