awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pihak berkuasa Singapura tahan lelaki dakwa ambil dadah bersama bekas peguam, M Ravi sebelum meninggal dunia
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang

Bernama
Bernama
15/02/2025
03:15 MYT
Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Setakat ini, 27 majlis perbandaran telah mengisytiharkan darurat, termasuk 22 di La Paz. - Foto X/@ContBolivia
LA PAZ: Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia sejak November tahun lepas meningkat kepada 28 orang, lapor Xinhua memetik Timbalan Menteri Pertahanan Awam Juan Carlos Calvimontes pada Jumaat.
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.
"Kami bercakap mengenai 83 majlis perbandaran yang terjejas dan saya pasti dalam tempoh seminggu, banyak daripadanya akan mengisytiharkan perbandaran mereka sebagai kawasan bencana," katanya pada sidang media.
Setakat ini, 27 majlis perbandaran telah mengisytiharkan darurat, termasuk 22 di La Paz, bahagian paling teruk terjejas akibat keadaan cuaca itu.
Menurut kerajaan, kematian berpunca daripada banjir di bahagian Chuquisaca (selatan), La Paz (barat), Tarija (selatan), Cochabamba (tengah), Santa Cruz (timur) dan Potosi (barat daya).
Selain itu, empat orang masih hilang, tiga daripadanya di utara La Paz dan seorang di bahagian Chuquisaca.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#banjir
#angka korban
#bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan