awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban gempa bumi di Turkiye dan Syria lepasi 15,000 orang

Agensi
Agensi
09/02/2023
05:49 MYT
Angka korban gempa bumi di Turkiye dan Syria lepasi 15,000 orang
Kerja-kerja mencari dan menyelamat berdepan kesukaran akibat kekurangan peralatan. - Foto AP
KAHRAMANMARAS/ANTAKYA: Angka korban akibat gempa bumi yang melanda Turki dan Syria minggu ini meningkat dan kini melepasi 15,000 orang pada Khamis.
Jumlah itu dicatat ketika sebahagian rakyatnya meluahkan rasa kecewa dengan kelewatan ketibaan pasukan penyelamat.
Presiden Turki Tayyip Erdogan yang melakukan lawatan ke zon bencana pada hari Rabu berjanji bahawa tiada mangsa yang akan dibiarkan tanpa tempat tinggal akibat tragedi itu.
Sementara itu di kawasan selatan Turki, orang ramai mencari perlindungan sementara dan makanan dalam cuaca musim sejuk yang membeku selain terpaksa menunggu dalam kesedihan dengan timbunan runtuhan dimana keluarga dan rakan-rakan mungkin masih tertimbus.
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana berkata, jumlah mangsa meningkat lebih daripada 30 peratus pada Rabu.
Pasukan mencari dan menyelamat sebelum ini berjaya menemui beberapa mangsa dalam keadaan masih hidup.
Namun sebahagian besarnya mengadu kekurangan peralatan, kepakaran dan sokongan untuk menyelamatkan mereka yang berkemungkinan masih terperangkap.
Malah ada diantaranya yang mendengar jeritan meminta pertolongan di sebalik runtuhan bangunan kediaman.
Masalah yang sama turut dihadapi oleh negara jirannya Syria, dimana jumlah kematian telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 2,950 semalam.
Duta Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengakui kerajaan kekurangan keupayaan dan kekurangan peralatan akibat pelbagai tekanan dan perang saudara di negaranya selain sekatan Barat.
Angka kematian dari kedua-dua negara dijangka meningkat memandangkan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa masih lagi giat dijalankan ketika ini.
Pegawai Turki berkata kira-kira 13.5 juta orang terjejas di kawasan yang menjangkau kira-kira 450 kilometer dari Adana di barat ke Diyarbakir di timur.
Lebih 298,000 orang dilaporkan kehilangan tempat tinggal dan 180 tempat perlindungan untuk pelarian telah dibuka. - Agensi
Topic Berkaitan
#angka korban
#Syria
#Turkiye
#Gempa Bumi Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan