awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban kebakaran hotel Turkiye meningkat kepada 76 orang

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2025
00:10 MYT
Angka korban kebakaran hotel Turkiye meningkat kepada 76 orang
Kemusnahan dilihat pada sebuah hotel akibat kebakaran di Bolu, Turkiye. - Foto REUTERS
BOLU: Angka kematian insiden kebakaran sebuah resort di pergunungan Bolu, Turkiye kini meningkat ke 76 orang.
Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya mengesahkan ketika kejadian, sejumlah 238 tetamu menginap di hotel berkenaan.
"Daripada 76 nyawa yang terkorban, 52 mayat telah dikenal pasti di Bolu dan sehingga kini, 45 daripada warganegara kita yang meninggal dunia telah diserahkan kepada keluarga mereka.
"Kami masih belum dapat menjalankan kerja-kerja pengecaman terhadap yang selebihnya. Kerja pengecaman dan pengesanan DNA sedang dijalankan di institusi perubatan forensik," katanya.
Pihak berkuasa sedang menjalankan ujian DNA untuk mengenal pasti beberapa mayat yang ditemui di lokasi kebakaran.
Siasatan sedang dijalankan berhubung kebakaran itu, yang berlaku semasa cuti sekolah apabila ramai keluarga dari Istanbul dan Ankara berkunjung ke pergunungan Bolu untuk bermain ski.
Polis telah menahan sembilan orang sebagai sebahagian daripada siasatan, kata Yerlikaya, sambil menambah bahawa pendakwa raya akan menjelaskan punca kebakaran dan pihak yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#angka korban
#resort
#ujian DNA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan