awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah

Bernama
Bernama
22/01/2025
09:02 MYT
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin. - X: @budhihermanto/@Jateng_Twit
JAKARTA: Angka korban akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah, meningkat kepada 19 orang selepas dua lagi mayat ditemukan pada pagi Rabu, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan mencari serta menyelamat (SAR) terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
"Kerugian material termasuk dua rumah rosak teruk, dua jambatan, tiga kenderaan, sebuah kafe, dan tiga jalan yang terhalang akibat runtuhan tanah," kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari, dalam satu kenyataan.
Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran dengan laluan yang terhalang akibat tanah runtuh dan terpaksa menggunakan jalan alternatif melalui Kali Bening di Banjarnegara kerana jambatan di Pekalongan musnah.
Agensi Pengurusan Bencana Pekalongan sedang menilai kerosakan dan jumlah mangsa, manakala pasukan penyelamat kekal berjaga-jaga terhadap kemungkinan tanah runtuh susulan cuaca yang tidak menentu, kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka korban
#banjir kilat
#Jawa Tengah
#tanah ruuntuh
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan