awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Antony Blinken ke Asia Barat, runding perang di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2024
00:30 MYT
Antony Blinken ke Asia Barat, runding perang di Gaza
Blinken bercakap kepada pemberita berkenaan perang antara Israel dan Hamas sebelum menaiki pesawat ke Asia Barat. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken terbang ke Asia Barat pada Khamis untuk meneruskan rundingan berkaitan perang di Gaza.
Blinken dilaporkan akan melawat Israel, Turki, Jordan, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Mesir dalam tempoh seminggu.
Lawatan Blinken ini disahkan jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller.
Ia menyusul kebimbangan ketegangan yang semakin memuncak kesan konflik Israel-Hamas yang berlanjutan selama tiga bulan.
Dalam lawatan ini, Blinken dilaporkan akan mengemukakan langkah-langkah untuk pihak berkepentingan bagi mengekang konflik daripada merebak.
"Blinken akan memberi fokus kepada isu konsisten sejak 7 Oktober, mengekang konflik daripada merebak. Beliau akan mengemukakan langkah spesifik yang boleh diambil pihak berkepentingan, termasuk menggunakan pengaruh mereka dalam rantau ini untuk elak konflik merebak.
"Tiada pihak yang mahu melihat konflik ini merebak melangkaui Gaza," kata Miller.
Blinken juga dilaporkan akan berbincang mengenai usaha untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Topic Berkaitan
#Antony Blinken
#Asia Barat
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan