awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar tiba di Paris, mulakan lawatan rasmi dua hari

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/07/2025
15:04 MYT
Anwar tiba di Paris, mulakan lawatan rasmi dua hari
Sejurus pesawat sewaan khas Malaysia Airlines mendarat di ruangan khas, Anwar diberi sambutan rasmi di Pavillon d'Honneur pada jam 4.10 petang waktu tempatan, pada Khamis. - PMO
PARIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Orly, di sini bagi memulakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Perancis, Emmanuel Macron selama dua hari ke republik itu.
Sejurus pesawat sewaan khas Malaysia Airlines mendarat di ruangan khas, Anwar diberi sambutan rasmi di Pavillon d'Honneur pada jam 4.10 petang waktu tempatan, pada Khamis.
Ketibaan beliau disambut oleh Duta Besar Perancis ke Malaysia, Axel Cruau manakala mewakili Malaysia adalah Duta Besar ke republik itu, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.
Perdana Menteri diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Dalam lawatan kali ini, beliau akan diraikan dalam satu Majlis Sambutan Rasmi di Hôtel des Invalides pada 4 Julai 2025.
Anwar turut dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Macron dan disusuli mesyuarat dua hala di Élysée Palace.
Kementerian Luar dalam kenyataan sebelum ini berkata, pertemuan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk membincangkan status semasa hubungan dua hala serta meneroka kerjasama baharu dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan, dan kesalinghubungan antara rakyat.
“Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama, termasuk Hubungan Rakan Pembangunan ASEAN-Perancis, Hubungan Dialog ASEAN-Kesatuan Eropah dan situasi di Asia Barat,” katanya.
Perdana Menteri turut dijadual menghadiri Mesyuarat Meja Bulat bersama ketua-ketua industri utama Perancis bagi mengetengahkan potensi perdagangan dan pelaburan di Malaysia.
Beliau juga akan menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne, mengadakan pertemuan dengan Rektor Masjid Besar Paris serta mengadakan perjumpaan bersama diaspora Malaysia yang menetap di Perancis.
Perancis merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah dan juga sumber utama pelaburan langsung asing dalam teknologi tinggi dan sektor strategik.
Pada tahun 2024, jumlah dagangan antara Malaysia dan Perancis telah mencatatkan sebanyak RM15.95 bilion (AS$3.63 bilion).
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, nilai dagangan adalah sebanyak RM6.26 bilion (AS$1.49 bilion).
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Perancis
#lawatan rasmi
#Emmanuel Macron
#Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan