awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS percaya normalisasi hubungan Rusia-Eropah boleh dicapai melalui ekonomi
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aplikasi pemula AI China DeepSeek atasi ChatGPT di stor aplikasi di beberapa negara

Bernama
Bernama
27/01/2025
22:30 MYT
Aplikasi pemula AI China DeepSeek atasi ChatGPT di stor aplikasi di beberapa negara
DeepSeek adalah makmal kecerdasan buatan China yang mengkhusus dalam pembangunan model bahasa besar. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Aplikasi kecerdasan buatan (AI) China - DeepSeek melepasi ChatGPT OpenAI dalam bilangan muat turun di stor aplikasi mudah alih di beberapa negara, menurut data dagangan dan kedudukan stor aplikasi pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
DeepSeek meningkat popularitinya selepas kemas kini baharu dikeluarkan pada awal Januari. AI China kini merupakan aplikasi teratas di Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan dan China, meninggalkan ChatGPT di belakang.
Pada 20 Jan, DeepSeek mengumumkan pelancaran versi pembantu R1 berdasarkan kecerdasan buatan yang tidak ketinggalan di belakang ChatGPT.
Sektor teknikal menyaksikan penurunan susulan kebangkitan DeepSeek - niaga hadapan Nasdaq-100 menyusut hampir tiga peratus, manakala saham Advantest, pembekal Nvidia, turun 8.6 peratus dalam dagangan di Tokyo.
DeepSeek adalah makmal kecerdasan buatan China yang mengkhusus dalam pembangunan model bahasa besar (LLM).
ChatGPT, chatbot kecerdasan buatan, dibangunkan oleh OpenAI dan dilancarkan pada 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#China
#DeepSeek
#AI China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan