awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi pintas peluru berpandu pemberontak Houthi

Agensi
Agensi
25/03/2018
23:11 MYT
Arab Saudi pintas peluru berpandu pemberontak Houthi
Serangan itu didakwa dilakukan bersempena ulang tahun ketiga campur tangan bersenjata gabungan yang dipimpin oleh Arab Saudi di Yemen.
Tentera Udara Arab Saudi pada Ahad dilapor berjaya memintas peluru berpandu yang dilepaskan dari Yemen ke bahagian timur laut Riyadh.
Laporan media tempatan menyebut beberapa bunyi kuat kedengaran di ruang udara ibu negara Arab Saudi itu susulan pelancaran peluru berpandu terbabit dipercayai oleh pejuang pemberontak Houthi.
Agensi berita SABA yang dikendalikan oleh Houthi Yaman melaporkan bahawa pasukan peluru berpandu jenis Burkan H2 itu menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh.
Kumpulan pemberontak Houthi itu juga mendakwa telah menembak peluru berpandu lain di lapangan terbang di bandar-bandar di selatan Abha, Jizan dan Najran.
Serangan itu didakwa dilakukan bersempena ulang tahun ketiga campur tangan bersenjata gabungan yang dipimpin oleh Arab Saudi di Yaman.
Sementara itu tentera gabungan Arab Saudi dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin mengesahkan seorang warga negara Mesir di Riyadh terbunuh dalam serangan peluru berpandu terbabit.
Selain itu dua penduduk awam Riyadh turut mengalami kecederaan.
Laporan awal menyebut kematian dan kecederaan berpunca akibat serpihan peluru berpandu yang jatuh.
Riyadh berkata pemberontak Houthi telah melancarkan sekurang-kurangnya tujuh peluru berpandu ke Arab Saudi dari Yaman.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#peluru berpandu
#serangan
#tentera
#Yemen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan