DAVOS: Arab Saudi sedia mengiktiraf Israel sekiranya persetujuan menyeluruh dicapai termasuk kenegaraan untuk Palestin - perbincangan yang disifatkan bercita-cita tinggi ketika perang antara Israel dan Hamas tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.
"Kami bersetuju bahawa keamanan serantau termasuk keamanan untuk Israel, tetapi itu hanya boleh berlaku melalui keamanan untuk Palestin melalui penubuhan negara Palestin," kata Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan di Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung di sini, pada Selasa.
Ditanya sama ada Arab Saudi akan mengiktiraf Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian politik yang lebih luas, beliau berkata: "Sudah tentu."
Putera Faisal berkata, untuk mendapatkan keamanan serantau melalui penubuhan negara Palestin adalah "sesuatu yang telah kami usahakan dengan pentadbiran AS (Amerika Syarikat) dan ia lebih relevan dalam konteks Gaza."
Mendapatkan perjanjian normalisasi dengan Arab Saudi akan menjadi ganjaran utama bagi Israel selepas ia menjalin hubungan diplomatik dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Maghribi selain boleh mengubah geopolitik Timur Tengah.
Arab Saudi yang berpegang kepada ajaran Sunni sebagai negara paling berkuasa di dunia Arab dan tuan rumah kepada tanah paling suci dalam Islam, mempunyai pengaruh agama yang besar di seluruh dunia.
Selepas meletusnya perang Oktober lalu antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas yang memerintah Gaza, Arab Saudi menggariskan rancangan yang disokong AS untuk kerajaan itu menormalkan hubungan dengan Israel.
Dua sumber yang rapat dengan Riyadh berkata, keutamaan yang diberikan dalam rancangan itu ialah menyusun semula hubungan diplomatik dua negara berkenaan.
Kedua-dua sumber itu memberitahu Reuters, akan berlaku sedikit kelewatan dalam rundingan yang disokong AS berhubung normalisasi hubungan Saudi-Israel, yang dilihat sebagai langkah penting bagi kerajaan itu untuk mendapatkan apa yang dianggapnya sebagai ganjaran sebenar pakatan pertahanan AS sebagai pertukaran.
Rakyat Palestin
Sebelum 7 Oktober, apabila pejuang Hamas yang disokong Iran melancarkan serangan ke atas Israel selatan, kedua-dua pemimpin Israel dan Saudi telah memberi isyarat bahawa mereka sedang bergerak secara berterusan ke arah mewujudkan hubungan diplomatik yang boleh membentuk semula Asia Barat.
Palestin mahukan sebuah negara di wilayah yang ditawan oleh Israel dalam perang 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota mereka.
Rundingan yang disokong oleh AS dengan Israel untuk mencapai matlamat tersebut, bagaimanapun, terhenti lebih sedekad lalu.
Antara halangannya ialah penempatan Israel di tanah yang diduduki dan pertelingkahan antara pihak berkuasa Palestin yang disokong barat dan Hamas yang menolak untuk hidup bersama-sama dengan Israel.
"Terdapat laluan ke arah masa depan yang lebih baik untuk rantau ini, untuk rakyat Palestin, dan untuk Israel, iaitu perdamaian dan kami komited sepenuhnya ke arah itu," kata Putera Faisal lagi.
“Gencatan senjata di semua pihak seharusnya menjadi titik permulaan untuk keamanan mampan kekal, yang hanya boleh berlaku melalui keadilan kepada rakyat Palestin.”
Kerajaan Israel telah mengecilkan prospek untuk membuat konsesi signifikan kepada Palestin sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian normalisasi yang berpotensi dengan Arab Saudi.
Peperangan di Gaza bermula apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober 2023 dan membunuh 1,200 orang serta menawan 240 tebusan.
Israel mendakwa, sehingga kini, terdapat lebih 130 masih dalam tawanan.
Israel bertindak balas terhadap serangan Hamas dengan pengepungan, pengeboman dan pencerobohan darat ke atas Gaza yang telah memusnahkan wilayah pantai kecil itu dan membunuh lebih 24,000 orang, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
Perang itu telah mencetuskan kebimbangan berhubung ketidakstabilan serantau yang lebih luas.
Pasukan pejuang Hezbollah yang disokong Iran dan Lubnan pula sering bertempur di sepanjang sempadan dengan Israel, manakala pasukan pejuang pro-Iran telah menyerang sasaran AS di Iraq.
Dalam masa sama, serangan oleh Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yaman telah mengganggu laluan perkapalan di Laut Merah dan mereka mendakwa, tidak akan berhenti sehingga Israel menghentikan pengeboman ke atas Gaza. - Reuters
Agensi
Tue Jan 16 2024
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan menghadiri di Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung di Davos, Switzerland pada Selasa. - Gambar AP
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Bayi di Gaza diselamatkan dari rahim ibu yang syahid dalam serangan Israel
Bayi perempuan seberat 1.4 kilogram itu dilahirkan melalui proses pembedahan C-section itu berada dalam keadaan stabil.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB
Kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel.
Cucu pemimpin Hamas yang cedera dalam serangan Israel meninggal dunia
Malak Haniyeh, cucu perempuan kepada Ismail Haniyeh meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami kecederaan dalam serangan Israel.
Pembunuhan anak pemimpin Hamas tiada kaitan dengan gencatan senjata, rundingan tebusan, kata Israel
Pegawai Israel nafi dakwaan pembunuhan tiga anak Ismail Haniyeh berkait rapat dengan rundingan gencatan senjata dan perjanjian tebusan.
Tiga anak, tiga cucu pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh maut dalam serangan udara Israel
Kesemua mangsa terkorban ketika menaiki kereta untuk melawat saudara mara mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.