awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi tetapkan 29 April sebagai tarikh akhir kepulangan jemaah umrah

Bernama
Bernama
08/04/2025
21:30 MYT
Arab Saudi tetapkan 29 April sebagai tarikh akhir kepulangan jemaah umrah
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan, mana-mana individu yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut peraturan yang ditetapkan. - Gambar fail/Astro AWANI
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan 13 April sebagai tarikh akhir kemasukan jemaah umrah ke negara itu, manakala 29 April pula sebagai tarikh akhir untuk mereka meninggalkan Arab Saudi bagi memberi laluan kepada musim haji yang akan datang.
Kementerian itu menegaskan, mana-mana individu yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut peraturan yang ditetapkan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Kementerian turut menyeru orang ramai serta syarikat dan institusi yang menguruskan jemaah umrah untuk mematuhi segala peraturan berkaitan.
Pihak kementerian menegaskan, sebarang pelanggaran akan dianggap sebagai kesalahan dan kegagalan sesebuah syarikat melaporkan kelewatan kepulangan jemaah boleh mengakibatkan denda sehingga 100,000 riyal Saudi, selain tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#umrah
#denda
#undang-undang
#jemaah umrah
#Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan