Skip to main content

Malaysia

Kelantan negeri sempadan, polis teliti risiko keselamatan ECRL

Mohd Yusoff menjawab pertanyaan pemberita pada Perhimpunan Bulanan Polis Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. - Foto Bernama
Mohd Yusoff menjawab pertanyaan pemberita pada Perhimpunan Bulanan Polis Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. - Foto Bernama

Ringkasan AI

  • Polis Kelantan sedang meneliti aspek keselamatan di stesen ECRL Tunjong menjelang operasi penumpang komersial bermula 12 Disember ini.
  • Penempatan anggota polis di stesen tersebut akan dipertimbangkan selepas penilaian keselamatan dan perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan ECRL.
  • Ketua Polis Kelantan memaklumkan lawatan ke stesen ECRL akan dilakukan pada 29 November untuk menilai keperluan langkah keselamatan tambahan.
Advertisement

KOTA BHARU: Kedudukan Kelantan sebagai negeri bersempadan yang terdedah kepada pelbagai kemungkinan mendorong Polis Kelantan meneliti aspek keselamatan di stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Tunjong, dekat sini, menjelang operasi penumpang komersial pada 12 Dis ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya akan meneliti keperluan menempatkan anggota polis di stesen berkenaan bagi mengekang sebarang kemungkinan kegiatan jenayah.

Beliau berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang permintaan daripada pengurusan ECRL berhubung penempatan anggota polis, namun tidak menolak kemungkinan perbincangan lanjut diadakan selepas penilaian keselamatan dilakukan.

Advertisement

“Pihak ECRL berkemungkinan menggunakan polis bantuan, namun pada 29 Nov ini saya dan pasukan akan menaiki ECRL dan menerusi ruang berkenaan, kita akan melihat dan meneliti aspek keselamatan di stesen berkenaan.

“Daripada lawatan berkenaan sekiranya perlu akan ada perbincangan lanjut berkaitan langkah susulan memandangkan Kelantan adalah negeri bersempadan yang terdedah kepada pelbagai kemungkinan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Advertisement

Sebelum ini, media melaporkan operasi penumpang komersial ECRL Fasa 1 bagi laluan Kota Bharu-Gombak dijadualkan bermula pada 12 Dis, manakala operasi percubaan berlangsung dari 7 Nov hingga 2 Dis 2026.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement