INTERNATIONAL
Arakan Myanmar Bosnia Asia: Hentikan 'Genocide Halal'

Pasukan keselamatan Myanmar dilaporkan telah membunuh tidak kurang dari 70 orang semenjak menguasai utara daerah Rakhine semenjak bulan lalu. - Foto: Facebook Saiful Rohin
SUASANA di Arakan dilaporkan semakin getir apabila tentera Myanmar semakin menggila dan meracau terutama di daerah Maungdaw dan merebak hingga keseluruhan Arakan. Difahamkan ribuan tentera Myanmar telah dikerah bagi meneruskan ‘genocide halal’ Asia Tenggara.
‘Genocide Halal’ atau pembunuhan beramai-ramai demi penghapusan etnik ini saya katakan 'halal' apabila tidak ada sebuah Negara atau pertubuhan pun bangun dan bertindak di atas kerja buat tidak bertamadun tentera Myanmar ini.
Seolah-olah darah umat Islam Rohingya itu seperti darah seekor nyamuk yang tiada nilainya disisi manusia antarabangsa.
Masakan dunia tidak sedar akan ‘genocide halal’ ini,sedangkan serangan roket, mortar dan helikopter secara terang-terangan dilakukan oleh tentera Myanmar tanpa sebarang alasan. Bukti bergambar serta pengakuan mangsa telah viral keseluruh dunia.
"Mana mata hati Negara-nagara dunia,Masih butakah Dunia hari ini"?.
Dimanakah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Dimanakah OIC?. Dimanakah ASEAN?.Dimanakah pemenang Nobel Keamanan Dunia, Aung San Suu Kyi yang benjanji semasa berucap dalam persidangan PBB ke-71 sebagai Ketua Negara untuk lebih menegakkan hak asasi manusia di negara yang dipimpinya dalam masalah Muslim Rohingya di Myanmar?.
Sangat –sangat mendukacitakan apabila isu Rohingya ini dilihat sebagai masalah dalaman Myanmar sedangkan PBB terutamanya Amerika Syarikat sering mewar-warkan isu keamanan dan memerangi keganasan dunia tetapi buta dalam isu Rohingya kerana menjaga kepentingan ketenteraannya di Myanmar.
Dimanakah OIC, adakah Negara-negara Islam juga buta hati terhadap isu Rohingya. Adakah Negara –negara Islam menjadi dayus terhadap kerajaan Myanmar yang merogol wanita wanita dan anak –anak gadis Muslim oleh regim tentera Myanmar.
Dimanakah komuniti ASEAN sebagai Negara jiran bersama dan negara segugus di Asia Tenggara.Dimanakah nilai diplomatik dan kejiranan apabila berlaku kekejaman di sebelah rumah. Adakah ASEAN juga mengamalkan peribahasa ‘jangan jaga tepi kain orang’ walaupun yang ditumpah darah adalah darah daging seakidah kita.
"Segala bentuk kerjasama dengan Myanmar wajar di gantung seperti penerbangan Air Asia ke Myanmar, hubungan dagang perlu di tangguh dan pengambilan pekerja Myanmar ke Malaysia perlu di bekukan selagi mana isu ‘genocide halal’ di Arakan tidak selesai.
Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan.Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan".
Adakah kita rela melihat 'Bosnia Kedua' berlaku di bumi ASEAN?.
"Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam,maka bukanlah mereka dari kalangannya".
#SatukanTenaga
#JanganBosniakanArakan
#LindungiRonghiya
#SelamatkanRonghiya
#SayaAntiKeganasan
* Datuk Mahfuz Omar adalah Ahli Parlimen Pokok Sena dan amat bersimpati terhadap nasib yang menimpa rakyat etnik Rohingya Myanmar di Arakan. **Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami