awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Argentina pecat hakim akibat salah laku dalam kes Maradona

Bernama
Bernama
19/11/2025
09:00 MYT
Argentina pecat hakim akibat salah laku dalam kes Maradona
Perbicaraan baharu untuk kes kematian Maradona dijadual bermula pada 17 Mac 2026. -Foto fail/Reuters
BUENOS AIRES: Hakim Argentina, Julieta Makintach dipecat daripada jawatannya pada Selasa berhubung skandal yang membawa kepada pembatalan perbicaraan kematian bekas bintang bola sepak Diego Maradona, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Hakim Argentina, Julieta Makintach dipecat oleh Juri Pemecatan Majistret dan Pegawai Wilayah Buenos Aires berhubung skandal pembatalan perbicaraan kematian Diego Maradona.
  • Keputusan berlaku selepas Makintach membenarkan penggambaran tanpa kebenaran dalam bilik mahkamah, disifatkan sebagai "berbohong, memberi tekanan dan memanipulasi" oleh pendakwa raya Ana Duarte.
  • Kes kematian Maradona kini akan menghadapi perbicaraan baharu pada 17 Mac 2026, sementara lapan petugas kesihatan yang didakwa berkaitan dengan kesalahan homisid mungkin dijatuhi hukuman penjara antara lapan hingga 25 tahun.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh Juri Pemecatan Majistret dan Pegawai Wilayah Buenos Aires.
Keputusan terbabit turut melarang hakim berusia 48 tahun itu daripada memegang sebarang jawatan kehakiman pada masa hadapan.
Salah laku itu berpunca daripada tindakan Makintach membenarkan penggambaran tanpa kebenaran dokumentari "Justicia Divina" di dalam bilik mahkamah ketika perbicaraan, dengan beliau tampil secara menonjol.
Pendakwa raya Ana Duarte menuduh Makintach "berbohong, memberi tekanan dan memanipulasi", menunjukkan sikap berat sebelah serta menyalahgunakan kuasa.
Makintach bagaimanapun berhujah bahawa beliau hanya bersetuju untuk ditemu bual oleh seorang rakan dan tidak pernah meluluskan penerbitan dokumentari itu.
Perbicaraan baharu untuk kes kematian Maradona dijadual bermula pada 17 Mac 2026.
Seramai lapan petugas kesihatan didakwa atas kesalahan homisid berkaitan kematian bekas pemain itu, dan berdepan hukuman penjara antara lapan hingga 25 tahun.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapakah Hakim Argentina, Julieta Makintach dipecat dari jawatannya? A: Makintach dipecat berhubung skandal yang membawa kepada pembatalan perbicaraan kematian Diego Maradona disebabkan beliau membenarkan penggambaran tanpa kebenaran dokumentari di dalam bilik mahkamah.
  • Q: Apakah kesan daripada keputusan pemecatan terhadap Julieta Makintach? A: Julieta Makintach dihalang daripada memegang sebarang jawatan kehakiman pada masa hadapan selepas dipecat.
  • Q: Bilakah perbicaraan baharu untuk kes kematian Maradona dijadual bermula? A: Perbicaraan baharu untuk kes kematian Maradona dijadual bermula pada 17 Mac 2026.
  • Q: Berapakah jumlah petugas kesihatan yang didakwa atas kesalahan homisid berkaitan kematian Maradona? A: Seramai lapan petugas kesihatan didakwa atas kesalahan homisid berkaitan kematian Maradona, dan mereka berdepan hukuman penjara antara lapan hingga 25 tahun.

Topic Berkaitan
#Diego Maradona
#Hakim Argentina
#Julieta Makintach
#skandal pembatalan perbicaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan