awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asap dikesan dalam kabin, pesawat Philippine Airlines berpatah balik ke Manila

Agensi
Agensi
26/09/2016
06:30 MYT
Asap dikesan dalam kabin, pesawat Philippine Airlines berpatah balik ke Manila
Pesawat yang membawa seramai 235 orang itu telah mendarat dengan selamat dan tanpa sebarang laporan kecederaan. - Gambar fail/AFP
Sebuah pesawat Philippine Airlines yang baru 20 minit dalam penerbangan menuju Haneda, Tokyo terpaksa berpatah balik ke Manila pada Isnin selepas anak kapalnya mengesan asap di dalam ruang kabin.
Pesawat yang membawa seramai 235 orang itu telah mendarat dengan selamat dan tanpa sebarang laporan kecederaan.
Jurucakap penerbangan Ciello Villaluna berkata, pesawat A340-300 dengan 222 penumpang dan 13 anak kapal itu perlu berpatah balik kerana ‘faktor teknikal’.
Tambahnya, pesawat telah diperiksa untuk mengenal pasti punca ia terpaksa kembali mendarat di Manila, manakala penyebab asap tersebut masih belum diketahui.
Penumpang akan menaiki penerbangan ganti pada sebelah petang hari ini.
Minggu lalu, juruterbang Saudi Arabian Airlines secara tidak sengaja menekan butang amaran rampasan pesawat dalam penerbangan yang menghampiri lapangan terbang Manila, sekali gus memberi isyarat kepada pasukan keselamatan termasuk anggota komando untuk bertindak sewaktu ia mendarat.
Topic Berkaitan
#asap dalam kabin
#Manila
#pesawat berpatah balik
#philippine airlines
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan