awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN alami 27 bencana sepanjang minggu lepas - Pusat AHA

Bernama
Bernama
07/11/2023
08:03 MYT
ASEAN alami 27 bencana sepanjang minggu lepas - Pusat AHA
BNPB merekodkan kejadian puting beliung, angin kencang dan banjir di beberapa wilayah, termasuk Jawa Barat, Sumatera Utara, Aceh, Lampung dan Banten. - Gambar hiasan/ Reuters
JAKARTA: Rantau ASEAN mengalami 27 bencana sepanjang minggu lepas yang memberi kesan kepada Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam, menurut laporan mingguan terkini Pusat AHA.
Menurut Pusat AHA (Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN), pasukan tindak balas kecemasan Indonesia BNPB, merekodkan kejadian puting beliung, angin kencang dan banjir di beberapa wilayah, termasuk Jawa Barat, Sumatera Utara, Aceh, Lampung dan Banten.
BNPB juga melaporkan kemarau di Kepulauan Riau, Bali, Kalimantan Selatan dan Sulawesi Tengah, selain gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter di Nusa Tenggara Timur, yang menjejaskan 920 orang.
Di Filipina, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan (DSWD) melaporkan ribut dan banjir di wilayah Cotabato serta musim kemarau di wilayah Misamis Oriental.
BNPB Indonesia dan DSWD Filipina turut melaporkan kesan ketara akibat kemarau dan musim kering ekoran taburan hujan yang lebih rendah.
Di Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara melaporkan hujan berterusan kini menjejaskan negeri Pahang, Perak dan Selangor.
Sementara itu, di Vietnam kejadian tanah runtuh, banjir, ribut dan puting beliung dilaporkan berlaku di wilayah Ben Tre, Ha Tinh dan An Giang.
Hujan berterusan menyebabkan tanah runtuh dan banjir yang menjejaskan 37,600 penduduk dan menyebabkan kerosakan bernilai $6 juta (kira-kira RM28.02 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#bencana alam
#puting beliung
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan