awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN alami 28 bencana minggu lepas - Pusat AHA

Bernama
Bernama
16/01/2024
13:47 MYT
ASEAN alami 28 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Siri bencana yang dimaksudkan itu termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin pada minggu kedua tahun 2024. - Gambar fail/Astro AWANI
JAKARTA: Rantau ASEAN mengalami 28 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin pada minggu kedua tahun 2024.
Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA) melaporkan bahawa keadaan lembap di kawasan selatan menyebabkan bencana besar di Indonesia.
Agensi pengurusan bencana Indonesia BNPB melaporkan banjir, tanah runtuh dan kejadian berkaitan angin di pelbagai wilayah, termasuk Kalimantan, Pulau Jawa, Pulau Sumatera, Riau, Bengkulu dan Maluku Utara.
Kemas kini Pusat AHA mendedahkan bahawa banjir di Indonesia menjejaskan 128,000 individu, 35,000 rumah dan 45 sekolah.
Sumatera Selatan menjadi wilayah paling terjejas dengan 76,000 individu terjejas banjir, menyumbang 60 peratus daripada jumlah keseluruhan diikuti Jawa Barat dengan 35,000 individu terjejas.
Sementara itu, agensi meteorologi dan gunung berapi Indonesia bersama agensi gunung berapi Filipina PHIVOLCS masing-masing merekodkan empat gempa bumi melebihi lima pada skala Richter dan enam aktiviti gunung berapi.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN
#bencana alam
#banjir
#tanah runtuh
#Aha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan