awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN Campur Tiga perlu pertingkat daya tahan hadapi krisis masa depan - Balakrishnan

Bernama
Bernama
10/07/2025
21:40 MYT
ASEAN Campur Tiga perlu pertingkat daya tahan hadapi krisis masa depan - Balakrishnan
Balakrishnan menekankan keperluan untuk meningkatkan ketahanan kolektif ASEAN Campur Tiga dalam menangani krisis masa depan serta mengukuhkan perdagangan dan pelaburan, termasuk juga kesalinghubungan dan infrastruktur. - Gambar Bernama
SINGAPURA: Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan menekankan keperluan untuk meningkatkan ketahanan kolektif ASEAN Campur Tiga dalam menangani krisis masa depan serta mengukuhkan perdagangan dan pelaburan, termasuk juga kesalinghubungan dan infrastruktur.
Dalam satu hantaran di Facebook, beliau berkata, perkara itu disampaikan semasa mesyuarat ASEAN Campur Tiga iaitu China, Jepun, dan Korea Selatan.
"Keupayaan ASEAN menghimpunkan kumpulan rakan luar yang pelbagai, menjadi lebih penting pada masa kini dan mencerminkan peranan kami sebagai platform yang dipercayai untuk dialog terbuka dan bermakna di rantau ini," katanya.
Balakrishnan kini berada di Kuala Lumpur menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung dari 8 hingga 11 Julai.
Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Campur Tiga ke-26, merupakan antara agenda pada Khamis.
Sementara itu, Balakrishnan berkata, beliau berbesar hati menyambut Menteri Luar baharu ke AMM, termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio; Menteri Luar Kanada, Anita Anand dan Menteri Luar Jepun, Takeshi Iwaya, yang bersama beliau mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Jepun.
"Singapura menantikan peluang untuk mengukuhkan kerjasama lama ini, terutamanya dalam sektor ekonomi digital dan hijau," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN 2025
#ASEAN campur Tiga
#Dr Vivian Balakrishnan
#Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN-Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan