BANGKOK: ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) akan menggandakan usaha kolektif ke arah penyelesaian damai di Myanmar.
Menurut kenyataan visi bersama yang dikeluarkan selepas Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang pertama kali diadakan di Washington DC, negara anggota ASEAN dan AS amat prihatin terhadap krisis di Myanmar.
Para pemimpin mengulangi komitmen terhadap keamanan dan kestabilan di rantau itu dan menyeru keganasan dihentikan segera di Myanmar dan semua tahanan politik, termasuk warga asing dibebaskan.
"Kami akan menggandakan usaha kolektif kami ke arah penyelesaian damai di Myanmar yang juga mencerminkan komitmen berterusan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asas, seperti yang digariskan dalam Piagam ASEAN.
"Kami mengalu-alukan penyelarasan antara Duta Khas Pengerusi ASEAN ke Myanmar dan Duta Khas Setiausaha Agung PBB ke Myanmar untuk memastikan sinergi dalam usaha penting ini," menurut kenyataan itu.
ASEAN dan AS akan terus menyokong usaha ASEAN untuk memudahkan penyelesaian secara aman demi kepentingan rakyat Myanmar, termasuk melalui tugas Duta Khas Pengerusi ASEAN mengenai Myanmar, dalam membina keyakinan dan kepercayaan serta akses kepada semua pihak yang berkenaan, dan penyampaian bantuan kemanusiaan yang berkesan kepada rakyat Myanmar, termasuk mereka yang amat memerlukan, tanpa diskriminasi.
Kenyataan visi bersama itu juga menggesa pelaksanaan Konsensus Lima Perkara Asean (5PC) yang tepat pada masanya dan menyeluruh.
5PC mengenai Myanmar yang diterima pakai oleh pemimpin ASEAN pada Mesyuarat Pemimpin ASEAN di Jakarta pada 24 April tahun lalu ialah: menamatkan keganasan; mengadakan perbincangan yang membina dengan pihak berkepentingan; ASEAN menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar; pelantikan duta khas ASEAN untuk menjalankan rundingan; dan untuk utusan khas itu dibenarkan melawat negara itu.
Mengenai krisis Rusia-Ukraine, kenyataan visi bersama itu menyatakan ASEAN dan AS terus menegaskan semula penghormatannya terhadap kedaulatan, kemerdekaan politik dan integriti wilayah.
Para pemimpin turut mengulangi gesaan supaya mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa.
"Kami menegaskan kepentingan untuk menamatkan segera permusuhan dan mewujudkan persekitaran untuk penyelesaian secara aman. Kami menyokong usaha Setiausaha Agung PBB (Antonio Guterres) untuk penyelesaian damai itu.
"Kami juga menyeru untuk memudahkan akses pantas, selamat dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan untuk mereka yang memerlukan di Ukraine, dan untuk perlindungan orang awam, kakitangan kemanusiaan, dan orang dalam situasi yang terdedah," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Menurut kenyataan visi bersama yang dikeluarkan selepas Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang pertama kali diadakan di Washington DC, negara anggota ASEAN dan AS amat prihatin terhadap krisis di Myanmar. - Foto BERNAMA

Sukan SEA Hanoi: Sharmendran merintis perit demi hatrik emas kumite
R. Sharmendran mempertaruhkan segala pengalamannya untuk melakar hatrik pingat emas.

Hampir separuh pengikut Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu - Audit
CEO Tesla, Elon Musk telah menzahirkan kebimbangan tentang peningkatan jumlah akaun palsu, dan mencadangkan usaha pembanterasan dilakukan.

Sukan SEA Hanoi: Sie Yan hadiahkan pingat emas ke-30 negara
Dua atlet negara turut mendominasikan pentas gimnmastik berirama pasa Sukan SEA Hanoi, pada Khamis.

Mayat lengkap berpakaian dipercayai kakitangan Jabatan Imigresen ditemukan lemas
Mayat yang masih lengkap berpakaian ditemui berhampiran kampung Penambang, kira kira 4 kilometer dari tempat mangsa jatuh.

Polis tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta ke Sabah, Sarawak guna kurier, kargo KLIA
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Gawai 2022: Ngabang dan rumah terbuka dibenarkan - UNIFOR
Aktiviti yang dibenarkan ialah sambutan pra gawai, sembahyang di rumah ibadat, rumah terbuka, jamuan selepas sembahyang di rumah ibadat, ngabang (aktiviti ziarah), dan majlis Hari Gawai.

Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.

Gangguan seksual dan buli: Radzi Jidin umumkan 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan di Malaysia.

Pentagon dakwa laporan tentang UFO meningkat dalam tempoh 20 tahun
Pentagon tidak mengesan sebarang perkara yang menyarankan bahawa fenomena itu membuktikan kehadiran sesuatu yang bukan dari alam semesta ini.

Beg Plastik | Perak bakal kenakan caj 20 sen
Perak menjadi negeri terbaru yang akan mengenakan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik. Exconya, Akmal Kamarudin berkata satu kertas kajian mengenai perkara itu akan disediakan, sebelum ia dijangka dijadikan dasar negeri secara rasmi pada tahun ini.

Jumlah perdagangan Malaysia naik 21.3 peratus kepada RM231.44 bilion pada April 2022 - MITI
Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum peningkatan pada April 2022 dengan jumlah perdagangan menokok 21.3 peratus tahun ke tahun kepada RM231.44 bilion.

FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM
FDI yang masuk ke Malaysia pada 2021 adalah yang tertinggi di seluruh negara ASEAN dan kita telah menerimaa lebih daripada AS$23.4 bilion.

Menteri Kesihatan ASEAN setuju dengan pengiktirafan bersama sijil vaksin COVID-19
Ia bertujuan memudahkan urusan pengesahan sijil vaksinasi COVID-19 yang dikeluarkan oleh setiap negara anggota ASEAN.

ASEAN, AS perlu 'memandang ke hadapan' dalam perkongsian strategik menyeluruh - PM Thai Prayuth
Prayuth mengesyorkan ASEAN dan AS meningkatkan usaha kolektif untuk membina 'landskap baharu' dalam tiga bidang iaitu keselamatan, ekonomi dan perubahan iklim.

ASEAN, AS komited tingkat kerjasama dalam bidang maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang maritim melalui mekanisme diterajui ASEAN.

ASEAN, AS ganda usaha kolektif untuk penyelesaian damai di Myanmar
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) akan menggandakan usaha kolektif ke arah penyelesaian damai di Myanmar.

Amerika Syarikat perlu bersikap jujur selesai isu Palestin - PM
Malaysia mahu AS bertindak cepat seperti yang berlaku dalam krisis pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sejak Februari lalu.

Kepimpinan PM dalam Kerjasama ASEAN-AS jadi pemangkin kepada pemulihan ekonomi
Usaha PM dalam memastikan pemulihan ekonomi antarabangsa menjadi keutamaan disambut baik Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Lawatan kerja empat hari ke AS satu kejayaan - PM Ismail Sabri
Beliau berkata lawatannya itu mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-AS, dan juga ASEAN-AS.

Sidang Kemuncak ASEAN-AS: Pastikan rangkaian bekalan global tersedia - Ismail Sabri
Beliau berkata langkah itu penting dalam menangani isu jaminan kesihatan dan pemulihan pandemik.