MANILA: Konsensus membuat keputusan terus menjadi prinsip utama ASEAN, namun ia tidak bermakna kumpulan serantau itu harus berdiam diri berhubung perkembangan di negara anggota yang menjejaskan rantau ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kritikan terhadap ASEAN khususnya tertumpu kepada dua prinsipnya iaitu membuat keputusan secara konsensus dan tidak campur tangan.
“Hari ini, membuat keputusan melalui konsensus terus menjadi prinsip utama ASEAN. Bagaimanapun, ini tidak bermakna ASEAN harus berdiam diri mengenai perkembangan di negara anggota yang menjejaskan rantau ini atau khususnya pelanggaran Piagam ASEAN olehnya anggotanya sendiri.
“Sejujurnya, saya percaya bahawa tidak campur tangan bukanlah satu lesen untuk sikap tidak ambil peduli," kata beliau dalam ceramah bertajuk ‘30 Tahun Selepas Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat ASEAN di Universiti Filipina di sini pada Khamis.
Terdahulu, Perdana Menteri telah dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat daripada senat universiti itu.
Menurut kenyataan universiti itu, Anwar dianugerahkan ijazah kehormat berkenaan kerana memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.
Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi selama dua hari, negara ASEAN kelima dikunjunginya sejak dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada November tahun lepas.
Mengenai keperluan untuk menggantung sementara Myanmar yang dinyatakannya semasa di Bangkok baru-baru ini, berhubung pencabulan hak asasi manusia secara terang-terangan, perdana menteri menegaskan bahawa adalah penting untuk terus berpegang pada satu daripada cita-cita utama ASEAN, iaitu mempertahankan perjuangan keadilan dan kedaulatan undang-undang..
Semasa pertemuan dua hala dengan Presiden Ferdinand Marcos Jr di Istana Malacanang semalam, Anwar telah meluahkan kebimbangannya tentang isu Myanmar yang masih belum selesai sehingga turut menjejaskan Malaysia susulan jumlah pelariannya yang ramai.
Beliau berkata jumlah pelarian Myanmar di Malaysia kini melebihi 200,000 orang.
“Presiden (Filipina), telah mengulangi keperluan konsensus lima perkara namun saya menyarankan supaya meneroka kaedah baharu bagi memujuk junta Myanmar agar berusaha dan bekerjasama sebagai satu pasukan dalam ASEAN serta menyelesaikan isu yang tertangguh dan tidak boleh dianggap sebagai isu dalaman semata kerana ia menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan rantau ini, " kata beliau pada sidang media bersama Presiden Filipina.
Perdana Menteri juga menyeru negara anggota ASEAN supaya menjadi rakan kerjasama yang berusaha ke arah kebaikan rakyatnya dalam dunia yang adil dan aman.
“Oleh itu, kerjasama dalam semua perkara penting yang mengikat kita sebagai kumpulan serantau yang pelbagai hala dan budaya untuk masa depan ASEAN,” kata beliau.
Anwar juga mengucapkan tahniah kepada Filipina dan rakyatnya di atas keberanian mereka dalam perjuangan demokrasi.
“Anda telah menunjukkan tanpa keraguan bahawa anda mampu menghadapi kuasa yang angkuh dan menunjukkan kepada kami, di ASEAN dan seterusnya, bahawa kekalahan dalam masa kesusahan bukanlah satu pilihan.
"Anda telah menunjukkan bahawa demokrasi bukan slogan semata-mata untuk dibualkan hanya pada masa pilihan raya dan bahawa demokrasi digunakan dengan betul, sememangnya memberi kuasa kepada rakyat untuk menentukan masa depan mereka ke arah yang lebih baik," kata perdana menteri.
Bernama
Thu Mar 02 2023

Anwar Ibrahim berkata, kritikan terhadap ASEAN khususnya tertumpu kepada dua prinsipnya iaitu membuat keputusan secara konsensus dan tidak campur tangan. - Foto PMO

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

PM seru masyarakat beri tumpuan tingkat mutu pendidikan
Katanya, dengan berpandukan nilai serta akhlak, negara dapat melahirkan insan yang berilmu dan akademis kerana mengamalkan prinsip agama.

PM Anwar tolak dakwaan amal politik dendam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa beliau menggunakan sistem perundangan negara untuk membalas dendam terhadap mana-mana individu.

Kerajaan salur peruntukan tambahan RM30 juta untuk baik pulih SJKT, urusan lain - PM
Beliau mengarahkan menteri dan ketua setiausaha kementerian berkaitan supaya segera memulakan projek untuk membaiki dan menyelenggara kemudahan asas di sekolah yang terbabit.

Perlu pinda perlembagaan untuk pastikan kerajaan terus stabil - Nazri Aziz
Mohamed Nazri menjelaskan cadangan itu dikemukakan bagi memastikan tidak berlaku lagi usaha menjatuhkan kerajaan seperti yang dilakukan sebelum ini.

PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi Temu Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) esok.

Sidang JKSMN ke-3 bahas penyelesaian krisis sekuriti makanan negara
Tiga kertas kerja telah dikaji kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran padi negara.

Wartawan main peranan mendidik, pencetus idea - PM
Pelaporan yang tepat, sahih dan membina mampu membantu membentuk tatakelola pemimpin dan pentabiran lebih baik.

Kerajaan teruskan subsidi ayam dan telur mulai bulan depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Anwar bantah permohonan Sanusi berkaitan pengampunan diraja
Menurut Anwar, permohonan Muhammad Sanusi mengenai pengampunan diraja yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadapnya (Anwar) pada 16 Mei 2018 adalah di luar bidang kuasa mahkamah.

PAU2023: "Saya hadir untuk sempurnakan tugas negara" - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kehadirannya ke Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023) adalah untuk menyempurnakan tugas negara.