Skip to main content

Teknologi

Edits kini tersedia di iPad, tampil ciri AI dan pelarasan warna baharu

Penambahan sokongan terbaharu menerusi kemas kini versi 457.0 itu hadir hanya lebih dua minggu selepas aplikasi Edits diperkenalkan secara rasmi untuk platform macOS pada awal November lalu. -Foto Amanz
Penambahan sokongan terbaharu menerusi kemas kini versi 457.0 itu hadir hanya lebih dua minggu selepas aplikasi Edits diperkenalkan secara rasmi untuk platform macOS pada awal November lalu. -Foto Amanz

Ringkasan AI

  • Meta memperkenalkan sokongan iPad untuk aplikasi suntingan video Edits, menawarkan ruang kerja lebih luas dan kawalan suntingan dipertingkat.
  • Kemas kini versi 457.0 turut memperkenalkan ciri Trim Upon Import, penjanaan sari kata di latar belakang, serta penambahbaikan pelarasan warna video.
  • Fungsi AI Edits Assistant kini boleh menganalisis gambar dan video untuk cadangan kreatif, namun hanya tersedia di Amerika Syarikat buat masa ini.
Advertisement

MENLO PARK: Meta memperkenalkan sokongan untuk iPad bagi aplikasi suntingan videonya, Edits, sekali gus menawarkan ruang kerja yang lebih luas untuk garis masa, kawalan suntingan dan tetingkap pratonton, lapor Amanz.

Penambahan sokongan terbaharu menerusi kemas kini versi 457.0 itu hadir hanya lebih dua minggu selepas aplikasi Edits diperkenalkan secara rasmi untuk platform macOS pada awal November lalu.

Kemas kini berkenaan turut membawa ciri Trim Upon Import, yang membolehkan pengguna memotong klip video sebelum ia dimasukkan ke dalam projek.

Advertisement

Langkah itu membolehkan pengguna memilih bahagian yang dikehendaki lebih awal sekali gus mengurangkan keperluan suntingan lanjutan.

Selain itu, proses penjanaan sari kata kini boleh dijalankan di latar belakang supaya pengguna dapat meneruskan kerja suntingan tanpa perlu menunggu sari kata siap dijana sepenuhnya.

Advertisement

Edits turut menerima penambahbaikan bagi pelarasan warna video menerusi sokongan import fail LUT tersuai berformat.cube dan penukaran rakaman log menerusi bahagian eksperimen Labs.

Turut diperkenalkan ialah tiga penuras warna baharu hasil kerjasama pencipta kandungan @vicgaibar iaitu Saudade, Cafuné dan Borogodó.

Pustaka grafik aplikasi itu juga diperluaskan dengan tambahan lebih 1,600 pelekat baharu yang boleh dicari mengikut kategori.

Pada masa sama, fungsi kecerdasan buatan (AI) Edits Assistant kini berupaya menganalisis gambar dan klip video yang dimuat naik bagi menghasilkan cadangan idea kreatif serta pembuka kandungan (hook) secara automatik.

Bagaimanapun, peningkatan keupayaan Edits Assistant itu hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat ketika ini.

Must Watch Video

Advertisement