awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet Palestin bersemangat sertai sukan Olimpik 2024

Bernama
Bernama
18/06/2024
10:53 MYT
Atlet Palestin bersemangat sertai sukan Olimpik 2024
Jibril Rajoub menegaskan keazaman para atlet Palestin untuk menyertai kejohanan berkenaan meskipun berdepan kesukaran. - AP
RAMALLAH: Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menghubungi Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin dan Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Palestin Jibril Rajoub pada Isnin bagi membincangkan persiapan atletnya untuk menyertai Sukan Olimpik di Paris bulan depan.
Semasa sesi perbualan itu, Rajoub menegaskan keazaman para atlet Palestin untuk menyertai kejohanan berkenaan meskipun berdepan kesukaran, lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA).
Para atlet yang dijangka menyertai Sukan Olimpik terpaksa menjalani sesi latihan di luar Palestin susulan situasi meruncing di Gaza akibat pencerobohan berterusan Israel.
Rajoub turut memberi taklimat kepada Bach mengenai pencabulan terhadap hak sukan Palestin oleh Israel, selain pelanggaran yang dilakukan oleh beberapa atlet Israel dan institusi sukan rasminya.
Beliau berkata Olimpik Palestin akan menyediakan laporan lengkap kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang mendokumentasikan semua pelanggaran itu.
Sementara itu, Bach menyuarakan hasrat agar atlet Palestin termasuk dari Gaza dapat menyertai Sukan Olimpik bersama-sama atlet lain di seluruh dunia.
Beliau turut menyatakan sokongannya kepada atlet Palestin di tengah-tengah kesukaran yang dihadapi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet palestin
#Olimpik
#jibril rajoub
#oic
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan